Showing posts with label My Job. Show all posts
Showing posts with label My Job. Show all posts

Tuesday, September 27, 2011

Bertindak Menjual Share

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum...
Tengok tajuk pun dah tau kan.. Seperti mana yang anda semua tahu, aku jual waffle sambil belajar kan.. Tapi sekarang ni, lepas masuk hospital disebabkan masalah paru2, aku bercadang untuk menjual share aku kat sesape yang nak beli:) (Alhamdulillah dh ade pun org yang nak beli)

Tak sihat tambah letih tambah penat.. Bila warded pelajaran pun terabai.. Maklumlah, aku nye kedai waffle tu tak ada kedai tetap. tp kali nak berniaga, aku kene bawak turun naik tangga dari store ke tempat aku berniaga.. Tp2 malam plak 2.. Mane paru2 aku tahan.  Masalah paru2 aku dh teruk.. Tak bleh naik tangga sgt. Kene jalan pelan2... Kalau x, paru2 aku kene serang dek kuman. Jalan kaki gie kelas pun x leh berkejar2.. Kalau x aku ASTHMA teruk..
Doakan aku cepat sembuh.. Aku sayang waffle aku... Tggu lar dapat kedai tetap lepas habis blajar nant.. akan ku usahkan semula:)

Sunday, May 1, 2011

JOM!!! Hari Belia Negara

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum..

Seperti mana yang kita semua tahu, Perdana Menteri Kita akan mengumpulkan 1 juta belia di Putrajaya pada 27 hingga 29 Mei ini. Belia nie terdiri daripada umur 18 hingga 40 tahun. So, sesiapa yang terasa dirinya adalah belia rajin-rajinkan lar diri anda untuk turun ke putrajaya..

Kita ada 200 aktiviti.. Banyak bukan??? Macam-macam pertandingan kita ada. Selain itu kita ada persembahan cak lempong. Persembahan ini diadakan untuk memecah malaysia book of record iaitu membuat persembahan 3 hari tanpa henti 24 jam. Sangat2 menarik... Jangan khuatir.. Anda tak rugi kalau anda datang.

Selain itu kita juga ada artis-artis jemputan.. Paling istimewa sekali kita ada persembahan daripada 'SUPER JUNIOR' dari Korea.. Ini program besar ye.. Jangan ingat program ni saje2 je.. Sangat menarik tau.. Ini Program belia yang terbesar k...

Jom dtang ramai2...
.......................................

Sebenarnya sekarang nie ak ade kat bukit layang-layang Johor. Ak dengan sekretariat yang lain mencari seramai2 belia untuk pergi ke Putrajaya. Sangat seronok... dapat melihat perlbagai ragam.. kami tak minta duit, tapi hanya meminta masa diorang untuk mengisi borang yang hanya memerlukan 4 butir yang amat penting..

Itu sahaja daripada aku untuk entri kali ini. Gambar insyaAllah akan diupload bile dah habis program nant...

Assalamualaikum....

Thursday, December 30, 2010

JOM BELI WAFFLE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum...

Alhamdulillah.. kertas kerja waffle dah approved!!!!! Kesabaran selama ni untuk mempunyai perniagaan waffle sendiri sudah tercapai.. Alhamdulillah..


Crunchy Waffle Shop ditubuhkan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM) oleh 2 individu yang mesra dipanggil Sha n Yana. Apa yang istimewa kat Crunchy wafle shop nie??? Pelbagai perisa ada..
  • Chocolate Jam
  • Peanut Butter
  • Kaya
  • Strawberry
  • Blueberry
  • Kiwi
  • Capuccino
Perisa2 yang kat atas nie bleh campur 2 perisa dengan harga biasa RM 2.50.. Korang nak rase crunchy x??? Korang bleh tambah mane2 senarai kat bawah nie dengan tambahan RM 0.50 sahaja. Semuanya RM 3.00. Bleh campur2 tau:)
  • Peanuts
  • Chcocolate Rice
  • Colourful Rice
  • Almond
  • Chocolate Chip
  • ButterScotch Syrup
  • Honey
  • Strawberry syrup
  • Caramel Syrup
  • Oreo Biscuit

Terima kasih tak terhingga sangat pada bisnes partner ak yg x pernah jemu buat kertas kerja dan keluar masuk pejabat.. Tak lupa jugak pada kawan2 aku yang dah byk bg semangat kat aku... Kawan2 aku kat SMADKLANA, Kawan2 aku kat SMKAP, dan Kawan2 aku kat UIA nie... Thanks korang... Byk bg semangat kat aku.. KAdang2 2 sampai aku hampir putus asa lar.. hehe... Setahun kot aku tunggu... Tunggu jer x guna jugak kan kalau x usaha...

Tak lupa juga terima kasih yang teramat sangat pada PARENTS aku.. Byk dah tlong ak... Mencari bahan2.. Tlg carikan mesin waffle... Thanks 2 my parents yg byk berkorban untuk aku... To my special person, Abg Naf,,, thanks very much coz u help me to open this biznez....

Ak amat gembira tak terkata. thanks 2 UIA kat Student Division Development especially to kak Nani yang bg loan n bg kepercayaan kat kita orang seterusnya menjadikan Crunchy Waffle Shop sbg hak milih penuh yana n sha.

Minggu depan 3 ari bulan Jan, ak x bukak kedai lg.. tapi ak juz join karnival usahawan jer kat UIA., Kedai waffle dibuka masa karnival nie kat canopy berhadapan masjid.. 2 hari pertama harga biasa RM 2.00 sahaja. Tambah crunchy jadilah RM 2.50.. Jom datang ramai2 jom... :)

Friday, November 26, 2010

Syoknya Jaga Diorang

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah... selesai sudah tugas sebagai pengasuh selama dua hari.. Dua hari je(kecoh sebab dah lame tak jaga baby sekali ngan budak ramai2)..

Time ak tgah syok2 tdo, tiba2 ak mimpi anak ak menangis.. Wah!!! Sejak bile plak ak ad anak??? hihih.. Ak masih belajar lagi.. Sekali ak terjaga dan berada di alam realiti.. Rupa-rupanya sepupu2 ak yang comel dtg...


Nak dijadikan ceritanya maksu ak ada kursus. So kami pun (espicially ak n umi ak) bertanggungjawab lar untuk menjaga anak-anaknya. Hari pertama(25 nov), kerja senang jer coz x kena masak apa2.. Umi ak masak.. ak jaga diorang.. Comel sgt.. Yang penting sekali budak 2 syok kat ak... Die nak ngan ak je.. Mana ak pergi die ngekor.. Mcm ak ni mak die plak..


Hari kedua plak (26 Nov), fuhh... huru-hara jadinya.. coz kt org buat kek untuk kenduri sambut menantu ahad nie kat kampung ak.. banyak gile kek. x silap ak 6 bancuhan.. ak msak lauk tgah ari, mak ak plak buat kek 2.. Bdak2 ni plak ska lar bergaduh... aduh!! masak betul ak time 2.. las2 ak bwak baby tu ke dapur masak sekali ngan ak.. hehe.. senyap sket... Tp bile die dh ngekor ak jer, ak jd susah plak nk msak. Yelar, takut die terkena minyak panas. So, ak bg die kat kamil (asyik duk dlm blik) n ak tutup pintu blik kamil 2.. hehe..
Tengah hari 2 mak diorang dtg.. Waaa... Ajak makan sekali sebelum diorang balik... Sedih plak bile baby 2 nak balik... Waaaaaa.... Harap mak diorang sudi lagi hantar anak-anak nye kat sini lg. Syok betul jaga diorang.

:) Kak Mas sayang sepupu2 kak mas :)



p/s:- Alhamdulillah.. masa cutiku kalini terisi dengan mcm2 aktiviti yang berfaedah.. Takedelar ak bosan..

Thursday, January 14, 2010

Buka Business.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum kepada semua pembaca yang setia..

Lame jugak tak update blog nie.. Banyak sangat kerja minggu nie yang perlu dibuat. Hari ni baru ada mase.

"Yana, jom bukak kedai wafle cuti ni?" tanye seorang sahabatku.

"Kat mane?" tanye saya inginkan kepastian.

"Kat Taman ko lah.. taman ko kan besar. pas2 blum ade lagi orang yang jual wafle 2."

Bila difikirkan semula, elok juga kalau saya buka kedai wafle nie. Ada juga benda yang saya nak buat cuti panjang nie. Maklumlah cuti nak pindah Gombak nanti akhir bulan 2 sampai lar Akhir Bulan 6. Sepatutnya saya boleh jer gie Gombak time bulan short sem bulan 3 tapi parents saya pulak tak kasi. Kalau nak tanye saye ad pengalaman atau tak, dah ade dah pengalaman coz sekarang nie saya ada kerja kat kedai wafle. Cuma sekarang nie saya tengah sibuk mencari supplier.

Bab lesen pula, habis jer sem nie, nak gie kursus perniagaan makan n minum bersama dengan nafjid dan kawan saya ejay. Bab modal pula.. emm.. tak perlu lar diberitahu modal macam mane kan. hehe.. Biarlah rahsia..

Hope segala perancangan nie berjaya. I need your support:) Dah buka nanti saye pasti bagi tau anda semua.

p/s:- minta maaf kepada kawan-kawan yang terasa dengan saya jika saya dah lama x contact ataupun fikir saya sombong. Bukan ape, saya sangat bz sekarang nie. Nak pergi jumpe korang pun x de mase. Hope korang sume faham. Jangan hukum saya. :)

Saturday, December 12, 2009

Part Time Job

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum buat semua pembaca yang budiman..

Hari-hari berlalu di UIA Nilai sungguh membosankan. Hal ini kerana masa-masa yang berlalu terbuang begitu sahaja. Pasti tertanya-tanya aktiviti apakah yang akan dibuat apabila masa lapang tiba. Kalau masa lapang saya hanya 3 jam, pasti tidak saya tertanya-tanya aktiviti apakah yang akan saya lakukan. Masa lapang saya mencecah hampir 12 jam sehari apabila tiada kelas sesudah saya tolakkan masa untuk saya belajar, tidur, mandi, solat, makan dan minum. Buntu saya dibuatnya.

Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk membuat 'Part Time Job' di Nilai. Kerja yang memang saya dapat ialah kerja di kedai makan 'MakCik'. Saya telah lama kerja di 'Cafe Makcik' ni. Sejak saya amik 'short sem' (antara bulan March hingga Mei) lagi. Habis short sem, saya berhenti. Sekarang ni, saya kerja semula di sini sebagai tauke nasi lemak dan 'fast food centre'. Saya hanya kerja dari pukul 5pm sampai 7.30pm. Sekejap sahaja kerana antara cafe ke bilik saya jauh. Kena masuk bilik pukul 10pm. Lambat sikit kena 'compound'. Jadi, saya hanya bekerja dalam 3 jam sahaja di cafe tersebut. Cafe ni best sebab orang yang membeli di cafe ni terdiri daripada pelajar perempuan uia sahaja.



Selain itu, saya dapat kerja di kedai wafle kat blok B Uia. Saya baru jer dapat kerja ni pada hari Khamis hari tu. Ahamdulillah. Saya kerja kat kedai ni dari pukul 10am hingga 3pm. Kedai ni dekat sangat dengan bilik saya. InsyaAllah, saya akan bermula kerja di kedai ini selepas cuti seminggu ini. Berdebar juga saya sebab kedai ni bukan 'student' uia jer yang datang malah orang awam juga terutama 'Murni Nursing College'. Walau apapun, disebabkan nak mengisi masa lapang sambil duit pun masuk, kena lar tahan muka malu. Hihihihi..

Bak kata seorang sahabat saya,
"Kalau betul-betul nak isi masa lapang sambil duit pun masuk, perasaan malu tu pasti tak ada. InsyaAllah,"

Biar apapun orang nak kata, yang penting saya bahagia dan paling penting tak ada lar saya rasa mati kebosanan. Jam 10am hingga 3pm saya digelar sebagai akak wafle. Jam 5pm hingga 7.30 pm pula digelar sebagai akak burger. Hehehe. Apapun, sedikit sebanyak saya diberi pengalaman dalam perniagaan.



p/s:- Baru habis midsem untuk subjek Mathematics. Soalan macam biasa. Pasti susah. Tapi insyaAllah. Saya pasti mendapat markah yang lebih baik dari sem lepas.

Tuesday, May 19, 2009

Gelang Crystal

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum..

Saya dah tak tau macam mane nak promote gelang ni. Banyak dah tempahan saya dapat sekarang ni. Saya rasa dengan buat promosi kat blog ni insyaAllah dapat banyak lagi tempahan. Cuti ni saya ada jual gelang cristal. Bantu rakan saya Fitrah untuk jualnya time cuti ni. Gambar-gambar gelang yang ada kat sini hanyalah contoh sahaja. Bagi sesiapa yang nak tahu lebih lanjut sila hubungi saya kat maslindeeleana@yahoo.com. Sila beri nombor telefon anda. Saya akan menghubungi anda secepat yang mungkin. Terima kasih.