Thursday, September 3, 2009

Tag - Edisi Ramadhan 1430 H

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum..

YaAllah Ya Tuhan. Bulan Ramadhan ini adalah bulan keberkatan bagi aku. Tetapi dalam masa yang sama aku teramat tertekan kerana diberi tugas Assignment yang terlalu banyak.

Sedang bz buat kerja. Lepas tu sempat balas tag orang

Namun begitu, sedikit ceria tercuit di hati apabila ditagged orang. Faten sekali lagi menghantar tag kepada saya. Itu tandanya Faten tak lupa saya. Hehehe.. Tak kisah pun even kena jawab banyak soalan. Yang penting nama saya terpapar kat blog dia. Thanks Faten..

Soalan-soalan yang diberi ialah :-

Nama Timangan Anda?
Banyak nama timangan saya ni. Selalunya orang panggil Yana. Tapi mase kat sekolah SMKAP dulu kawan-kawan panggil Masza singkatan dari Mastura Zainal Abidin. Hehehe.. sebabnya ada dua orang Liyana masa tu. Family panggil Mastura. Saya tak pernah dengar family saya panggil saya Yana. Maybe lembut sangat kot nama Yana tu. Hihihihi..

Anda Seorang Yang ?
Saya seorang yang suka berahsia. Siapa nak kongsi cerita secara peribadi bolehlar cerita kat saya. InsyaAllah, tidak bocor rahsia anda tu.

Insan Yang Teristimewa ?
Mesti lar mak saya. Orang yang telah melahirkan saya.

Lagu Kessukaan Anda ?
Lagu yang saya suka ialah lagu yang saya pasang kat blog saya ini.

Makanan Kesukaan Anda ?
Tom Yam + Nasi Putih + Telur Goreng + Belacan

Sikap yang Membuatkan Anda Stress
?
Saya betul-betul stress bila ada orang ckp secara melenting dan marah-marah pada saya. Cakap elok-elok lar. Kalau nasihat pun, elok-elokk lar kan. Then, saya juga akan stress bila saya bercakap, orang buat tak tahu jer.

Warna Kegemaran Anda ?
Saya suka Purple dan warna yang nak ke arah purlple.

Benda Yang Mesti Ada Dalam Beg ?
Handphone dan Purse. Perkara wajib yang teramat sangat.

Kali Terakhir Anda Menangis ?
Saya tak ingat lar. Lama dah saya tak nangis. Seingat saya, saya menangis masa dapat result untuk midsem sem ni.

Tag untuk 5 Orang Rakan Anda ?
Hasdhatul Faezah
Siska
Amira Syafinas
Syafinaz Razak
Adibah Yunus

Sunday, August 30, 2009

Pizza!!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum..

Dalam bulan ramadhan ni, teringin gak sekali skala makan pizza. Pizza yang dibuat hasil air tangan saya sendiri. Hehehe.. Tau x cara nak wat pizza?? Meh sini saya ajar. Kali ini saya ingin kongsi dengan anda tentang cara-cara nak wat pizza. Senang jer.. Tak yah nak timbang bahan tepat-tepat pun tak pe.

Bahan-bahan yang diperlukan :-
  • Yis (yang selalu beli untuk wat donat tu)
  • Cheese Mozarella
  • Margerin
  • Tepung Gandum
  • Air Panas
  • Daun Origano
  • Sosej
  • Daging Cincang @ Ayam Cincang
  • Sayur campur
  • Bawang Merah dibentuk bulat
  • Sos Cili
  • Sos Tomato @ Sos Prego
  • Perisa Tom Yam @ ape-ape yang disukai
Cara-cara nak wat roti pizza:-
  • Masukkan air panas dalam bekas loyang. Tak perlu besar sangat. Cukup untuk uli tepung jer. Masukkan sedikit daun origano. Then, masukkan yis. Pastu kacau sikit. Kemudian masukkan tepung setengah kilo. Then, uli lar semua bahan-bahan tu. Kalo rase tak cukup air tambah lar sikit. Uli lar sampai tepung tu kelihatan licin. After that, tunggu adunan tu kembang.
  • Sementara tunggu adunan tu kembang, sediakan bahan-bahan untuk dipastekan atas roti pizza. Goreng daging @ ayam cincang. Agak-agak adunan tepung tadi dah kembang, masukkan adunan tu dalam loyang. Lepastu letak lar margerin sikit, then sapukan sos prego, tomyam, bawang dan bahan-bahan yang lain mengikut kreativiti anda. Yang paling penting jangan lupa taburkan cheese.
  • Setelah selesai, bakar dalam ketuhar selama 20 minit. Jangan lupa untuk panaskan dulu yer.
  • Beberapa pizza yang telah siap untuk dihidang. :)






SELAMAT MENCUBA!!!!

Friday, July 24, 2009

Role Model???

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum..

Role Model?? Siapa role model sebenarnye.. emm.. adakah saya sebagai role model kepada kawan-kawan saya?? hmm.. is it true?? bukan ape.. sekarang ni dah ade 2 org yang tagged saye.. itu tandanye org itu anggap saya sebagai role model ke atau saje nak kenakan saya??? hehe.. apapun.. thanks pada org yang tagged saya (Cik Faezah n Cik Faten).. at least terpampang jugak name saya kat blog korang 2..


1) by Cik Faten
Senaraikan 5 hadiah yang anda impikan
  • Webbie Hd Camera Sony
  • Bio Esssence Eye Care (Oto Eye Rejuvenator) Product
  • Sony Vaio Lettop
  • Purse n Handbag
  • Hidayah drpd Allah
5 alasan terhadap pilihan tersebut
  • Selama ni pakai kamera hp n pnjam family punye kamera je
  • Nak rawat lingkaran gelap bawah mata(akibat study smpi lewat malam).. ye ke??.. hehe
  • Sebab jenama ni lawa..
  • Coz dah lame x 2kar purse n handbag.. koyak pn ade.. hehe
  • Supaya dijauhkan daripada dosa-dosa dan segala maksiat, YaAllah!!!
5 perkara hebat yang pernah anda lakukan
  • Kuiz Keusahawanan Kebangsaan (3rd place jer)
  • x Tdo malam semata-mata exam esoknye ( Bahaya )
  • Sorang2 naek KTM
  • Hafal beberapa surah dalam Al-Quran
  • Same jugak r ngan Faten.. Saye x tau ap lah bende hebat yang saye buat.. Sumenye bese jer.
5 ciptaan yang paling disukai:-

"Segalanya datang dari Allah"
  • Hp
  • Lettop
  • Televisyen
  • Kipas
  • Dapur
5 Perkara yang dibenci
  • Dimarahi
  • Dipersenda
  • Difitnah
  • x reply Msg/call (walhal kredit berlambak kot)/ (lambat balas x ksah)
  • Berkawan dalam mase yang sekejap (jumpe balik x tegur) ish!!
2) by Cik Faezah
Berapa berat dan ketinggian anda sekarang??
Berat?? huhuhu.. rahsia.. haha.. tinggi?? 157 kot.. lebih kurang faezah.. bmi?? overweight.. Haahaha.. Hanye org yg kenal saye jer tau..

Berat yang paling tinggi dalam sejarah anda?? Usia anda pada masa itu??
Paling tinggi sekali 45 kg. Same cam awak gak faezah lepas spm mase wat check up.. mase 2 kan baru habis cuti.. so duk rumah asyik makan jer.. ngeh3.. tapi sekarang diet punye pasal..

Apakah makanan sampingan anda untuk memiliki tubuh langsing? Dan kejayaan anda dengan makanan tersebut?
wahahaha.. klakar gile soklan.. Saya hentam je makanan ape yang ade.. Layan!! tapi cube untuk diet dengan makan bende berkuah.. pas2 minum air mineral.. setiap kelas, habis 1 botol air mineral saye minum.. hehehe.. hasilnya berkesan..

Berat paling rendah yang pernah anda dapat? Usia anda pada ketika itu?
paling rendah sekali 1.75.. hehehe.. cukup x berat??

Anda pernah sertai program pelangsingan? Nyatakan kejayaan anda?
Aduh!!! where's my frens??? am I so cute.. Faezah!!! soklan ape ni?? come gle sangat ke saye ni?? hahaha!!

Apakah diet yang anda ambil untuk memiliki berat anda yang paling terendah?
Buat poco-poco jer ngan kawan-kawan.. hehehe .. Korang tau ker???

Apakah yang menyebabkan berat anda naik mendadak?

YaAllah.. Takutnye.. Harap x kan naek mendadak.. Amin!!! blum pnah lg tau..

Apakah target anda untuk kurus selepas ini?
Isshh... asyik nk kenaakan akku jerk soklan ni lar.. X nk r kurus.. nk comel jer.. ngeh5

Miliki gambar anda dahulu dan kini?
Of kos lar.. Peminat nombor satu kalo bergambar..

Sila upload ok?
Boleh!!!

Dahulu:--

mase f4 ni




Baru je amik dalam kreta tadi..

Kawan-kawan yang nak ditagged??
Duan
Husna
Wafa'
Afeb
Arip
Dbah

Selamat bertagged korang.. hahaha..

Tuesday, July 21, 2009

McDonald??

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. dengan kuasa Allah, saya diberi peluang to make a new post.

McDonald???!!!!
aiseh.. boikot lar pulak... ape yang saye nak citer ni bukanlah pasal McDonald tapi sebenarnye McLead (Management Course Of Student Leaders 2009). Satu program pemimpin yang saya ikuti sebagai setiausaha Red Crescent Club anjuran UIA gabungan Nilai dan PJ di Puteri Resort, Ayer Keroh, Melaka.
Sepanjang program ni, banyak pengalaman yang saya harungi dengan pelbagai aktiviti yang menarik.

WHO R WE??????????? !!!!
PROLEAD!!!

Apa yang saya gembira masa ni ialah semangat dalam berkumpulan semasa aktiviti 'THE HUNT'. Aktiviti ni lebih kurang Explorace lar. Kumpulan saya diberi name PROLEAD singkatan dari word "Professional Leaders". Walaupun masing-masing baru kenal tapi gaya masing-masing macam 1 sekolah plak. Dalam aktiviti ini juga, saya hilang sebentuk cincin perak yang baru dibeli. Hilangnye ia mase saya tanggalkan cincin dan letak ia didalam kocek saya. (x realize plak ad hole). Semangat rakan-rakan satu kumpulan saya tolong mencarinye tetapi tak jumpa gak. Tak ade rezeki lar katakan. Huhuhu.
Malam Kebudayaan




Antara Hadiah yang diperoleh

Selain itu, kitaorang hanya ade beberapa jam sahaja persediaan untuk membuat persembahan. Sebenarnya kami diberi 2 hari untuk siapkan persembahan tapi nak buat macam mane, susah nak berjumpe untuk berkumpulan. So, Kita orang buat persembahan coral speaking jer.. Dalam banyak-banyak kumpulan, kamilah satu-satunya kumpulan yang buat coral speaking. Kumpulan laen semua buat lakonan yang mantap-mantap. Kita orangnye leader untuk coral speaking adalah seorang yang memang teramat berpengalaman dalam coral speaking ni. Ape yang teramat saya bangga kat sini, semua ahli mengikut satu suara leader kami walaupun dia adalah seorang wanita. Itulah kata salah seorang dari speakers kami iaitu
"Seorang leader mampu membuat anak-anak buahnya mengikut segala tunjuk arahnya"

Apa yang paling penting untuk program McLead ini ialah program-program yang akan dijalankan sepanjang 2 semester yang dikenali seebagai ALMANAC. Setiap kelab dan persatuan memberi tarikh-tarikh penting untuk program-program mereka. Perbincangan ini amat penting untuk memastikan program-program yang mereka jalankan tidak berselisih dengan program yang lain pada hari yang sama. Selain itu kami juga diberi keteranagan tentang procedures yang perlu dibuat untuk menjayakan sesebuah program.

Detik-detik Akhir


Disebalik kegembiraan, kesedihan pula terukir sewaktu kami ingin pulang. Perpisahan antara ahli kumpulan dan bergambar untuk kali terakhir. Semasa sesi penggambaran, diri ini tidak sedar bila masenye hp saye diambil dan hilang dalam sekelip mata. Seingat saya baru sahaja beberapa minit saya pegang hp tersebut sebelum ia hilang. Aduh!!! ade je bende yang nak hilang. Huhuhu..
"Berilah keampunan kepada orang yang mengambil hp ku itu, YaAllah. Semoga orang itu mendapat hidayah daripadaMu YaAllah!! "

Kepada kawan-kawan, anda semua adalah pemimpin. Pemimpin sebagai seorang manusia di bumi ini. Jika anda bukan pemimpin, bagaimana anda boleh menggunakan semua pancaindera anda dalam kehidupan anda seharian...

Sekian..



Monday, July 20, 2009

CFS GPDP

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum to all readers:)

Alhamdulillah, dengan izin Allah dapat juga saya menambah post saya setelah sebulan saya berdiam diri.

Terlampau banyak cerita yang akan saya ceritakan wat kawan-kawan semua. Cerita sedih, gembira, sumenye ade. Bulan jun lepas adalah bulan yang amat bz bagi saya. Pelbagai progaram saya ikut sekali gus menghadapi kuiz dan exam yang melambak sehingga saya rase mase untuk menggembirakan diri tidak mencukupi. Hanya pada cuti semester ini saya mengharapkan kemenangan untuk menggembirakan hati dan merehatkan diri walaupun bnyak asssignment.

PROGRAM GPDP
Program ini diadakan khas untuk pelajar-pelajar junior Centre For Foundation Studies IIUM anjuran Ledership and Training Department. Saya dan rakan-rakan sebagai barisan committee menyempurnakan lagi program ini. GPDP di UIA Nilai mempunyai 3 sesi. Saya hanya menjadi barisan committee untuk sesi ketiga sebagai Program Coordinator. Disamping menjadi committee, kami juga diminta menjadi fasilitator. YaAllah, mase itu hanya Allah yang tahu berapa banyak nye amanah yang perlu ditunaikan. Walaupun sentiasa bz pada waktu itu, tiada letih yang saya rasa kerana saya amat gembira kerana mempunyai kumpulan yang happy go lucky. Adik-adik yang petah berkata-kata. Saya amat rindui waktu bersama-sama kumpulan. Sebagai fasilatator, saya tahu peranan fasi amatlah penting untuk menaikkan semangat anak-anak buah dalam sesebuah kumpulan. Disamping itu saya juga dapat memerhati siapakah leader dan siapakah follower yang sebenar dalam kumpulan saya itu. Harap para pesrta dan barisan committe mendapat manfaat dan faedah dalam program ini. Bertemu lagi pada hari lain untuk cerita saya sepanjang program MCLead di Puteri Resort Melaka. Teringat kata-kata speaker kami pada hari itu,
Seorang leader bukanlah seorang follower.




BINDING CEREMONY











Required utk semua orang masuk dalam 1 A4 paper















Tekun menyiapkan bendera




Lemas gile duk dalam tissue nie!!!

Monday, May 25, 2009

DanGeroUS!!!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum..

"New operandy of robbery. When you are in your car, if someone approach you for tissue paper whose face or hand with blood, do not wind down your window. They are robbers. Already 40 such cases in KL and Johor. Please forward this sms to those you are concerned!!"


Satu hari, saya dapat sms ni daripada seorang sahabat saya. Terfikir di fikiran saya bagaimana pula kalau orang yang berdarah itu betul-betul memerlukan bantuan kita? Kita bukannya tahu. Jika orang itu betul-betul memerlukan bantuan Alhamdulillah. Masalahnya sekarang takut juga jika orang itu betul-betul ingin merompak.

Teringat pula saya kisah silam yang mana bonda tercinta saya sendiri dirompak oleh penjenayah ini. Alhamdulillah bonda saya tidak diapa-apakan. Wang ringgit tidak membawa apa-apa makna kecuali nyawa. Pada masa itu kecuaian juga boleh dipersalahkan kerana kereta tidak dikunci. Sehingga kini kami tidak tahu berita tentang penjenayah tersebut.

Seperti mana yang kita dapat lihat sekarang, kes jenayah ini semakin berleluasa di negara kita. Walaupun negara kita sudah mencapai kemerdekaan berpuluh tahun, tapi kita masih dijajah dengan manusia yang tidak berperi kemanusiaan ini.

Kes seperti seorang wanita mati akibat diragut telah menarik perhatian masyarakat Malaysia. Kanak-kanak kecil juga tidak dapat bergerak bebas di halaman rumah mereka kerana takut jadi kes seperti Nurin Jazlin yang telah hilang dan ditemui mati serta adik Shalini yang masih hilang hingga kini.

Oleh itu, kita seharusnya berjaga-jaga dengan penjenayah ini. Jaga barang-barang berharga anda. Jangan sekali-kali cuai dalam hal ini. Walaubagaimanapun, sejauh mane kita berhati-hati, andai dirompak juga, bersabarlah. Jangan salahkan takdir. Itu semua dugaan. Kepada perompak-perompak diluar sana, fikirkanlah keamanan negara kita dan susah payah pahlawan-pahlawan kita terdahulu mendapatkan kemerdekaan.

Wassalam..

Tuesday, May 19, 2009

Gelang Crystal

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum..

Saya dah tak tau macam mane nak promote gelang ni. Banyak dah tempahan saya dapat sekarang ni. Saya rasa dengan buat promosi kat blog ni insyaAllah dapat banyak lagi tempahan. Cuti ni saya ada jual gelang cristal. Bantu rakan saya Fitrah untuk jualnya time cuti ni. Gambar-gambar gelang yang ada kat sini hanyalah contoh sahaja. Bagi sesiapa yang nak tahu lebih lanjut sila hubungi saya kat maslindeeleana@yahoo.com. Sila beri nombor telefon anda. Saya akan menghubungi anda secepat yang mungkin. Terima kasih.