Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Assalamualaikum untuk anda pembaca yang budiman.
Alhamdulillah, dengan limpah kurnianya, dapat saya meluangkan masa untuk blog yang saya cintai ini. Ingin saya berkongsi dengan anda perkara-perkara yang buatkan saya amat gembira pada minggu ini.
Pertama sekali saya dapat keluar bersama-sama dengan kawan-kawan skul smadKPM [ada hari ahad lalu. Tp tak ramai pun yang dapat ikut. Yang kebetulannya semua yang dapat pergi tu ex ABIM Seremban batch UPSR06. Kalau nak tau lebih lanjut pasal cerita kita orang keluar ni boleh lar klik nama ZULHILMI ni.
Selain itu, perkara yang membuatkan saya gembira ialah selepas keluar dengan kawan-kawan pada hari yang sama, pada malam tu juga saya balik UIA semula Uya. Jalan highway plak jem. Kita orang pun ikut jalan lama. Smooth jer jalan. Tapi jalan tu sunyi, seram sejuk jer. Hehehe.. Bila dah sampai bilik, dalam pukul 11 malam, Uya pulak ajak buat Saloon malam tu. Mak aiii... Lame gile kita orang bukak saloon malam tu. Dari pukul 11 sampai kul 5 baru leh tido. Rawatan ape yang kita orang wat tu rahsia lar. hehe.. Hari ahad tu memang ari yang memenatkan saya tapi dalam masa yang sama hari ahad tu hati saya maat terhibur.
Enjoy-enjoy juga. Hari -hari yang biasa masa saya penuh dengan jadual. Kalau dulu ada je mase yang tak terisi. Tapi sekarang ni susah nak cari masa terluang. Study, Kerja dan Berhobi. Semua kene pandai bagi masa. Kalau tak saya pengsan. Hehe..
Apa yang membuatkan saya terasa begitu sedih bila saya tak dapat keluar dengan group baik saya ex smadkpm batch pmr 05. Khaty, Finas, Adibah, Farhana, dan Wani. Saya tak dapat kluar bersma sebab saya kene kerja first day dekat kedai waffle 2. Memang sedih sangat lar. Menitik jugak air mata ni.. Tapi nak buat macam mane, Dah tak de rezeki nak jumpe diorang. Miss them so much...
Tu jer yang saya nak cerita setakat ni. Bila dah enjoy, semua erkara sedih hilang, So, jom kita enjoy bersama-sama. Tapii jangan sampai lupa diri dan agama=).
p/s:- Alhamdulillah. Result maths untuk midsem amat memberangsangkan walaupun terasa tidak puas hati. Tinggal final. Doakan saya untuk final nanti.