Assalamualaikum..
Tertarik saya dengan satu artikel yang baru saya dapat daripada sepupu saya. Ia menceritakan tentang proses pengguguran dilakukan. Teringat saya pada satu cerita dalam sebuah drama yang mana seorang gadis mengandung tanpa nikah. Pasangannya langsung tidak mahu bertanggungjawab atas kelahiran tersebut. Hal ini menyebabkan gadis tersebut tertanya-tanya sama ada mahu menggugurkannya atau tidak. Akhirnya gadis tersebut mengambil keputusan untuk melahirkan anak tersebut. Saya tertanya, tak malukah nanti dengan orang sekelilingya??
Pertanyaan saya terjawab dengan membaca artikel itu.
Proses pengguguran yang sengaja adalah satu proses yang amat kejam.
Apabila proses pengguran tersebut dilakukan ketika usia bayi tersebut baru sahaja dibawah 1 bulan dalam kandungan, proses tersebut dilakukan dengan alat penghisap yang dikenali "suction". Bayi tersebut akan terhisap dan hancur. Apabila dikeluarkan, kelihatan darah yang bergumpalan dari janin yang baru dibunuh.



Barulah pertanyaan saya terjawab. Terima kasih kepada orang yang memberi maklumat ini. Barulah saya tahu kenapa gadis tersebut tidak mahu menggugurkan anaknya. Alangkah kejamnya seorang ibu jika melakukan pembunuhan itu. Kepada gadis-gadis diluar sana, marilah sama-sama kita menjaga harga diri kita sebagai seorang wanita. Jika kita tidak mahu malu dan kita tidak mahu perkara ini berlaku ke atas diri kita, jauhilah perkara-perkara terkutuk itu. Sesungguhnya kita saling ingat-mengingati. Kepada pemuda-pemuda di luar sana, kuatkanlah hati anda dengan segala dugaan yang anda terima. Sesungguhnya, Allah sangat sayang kepada orang yang dapat melawan nafsunya.
"Jika kita mencintai seseorang, cintailah pada Pencipta kita dahulu. Sesungguhnya Dia telah memberi segala macam kebaikan kepada kita. InsyaAllah hati kita akan sentiasa tenang dan kita juga akan dikurniakan cinta yang sejati dan abadi dunia dan akhirat."
Itu sahaja daripada saya. Segala info pengguguran adalah adaptasi daripada email yang saya terima. Terima kasih kepada pemberi maklumat.
Renung-renungkanlah.....