Friday, January 1, 2010

2009 jaDi KenaNgan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum buat semua sahabat....

Banyak betul sms yang saya dapat daripada teman-teman saya. Semua sms tu beri ucapan selamat tahun baru utk saye..

Ada juga yang menanya apa harapan saya untuk 2010 ni?? ehem2... kalau nak cakap pasal harapan.. memang banyak. Paling utama, setiap tahun, wajib perbaiki diri ini untuk lebih mendekatkan lagi diri kepada Allah swt. Dosa yang lampau dijadikan sebagai pengajaran supaya tidak melakukannya lagi. Amal pahala pada tahun 2009 dapat ditambah lagi pada tahun ini. Selain daripada mendekatkan lagi diri kepada Allah, ada harapan lain juga yang ingin saya kecapi tahun ini.

  • First skali, saya nak teruskan impian saya yang tak tercapai mase 2009 iaitu target saye nak masuk UIA Gombak tahun nie. Mesti lar saye nak sambung degree tahun nie. Takkan lar saya nak duk buat foundation jer sampai saye tua kan.'
  • Kedua plak, saya nak kumpul duit tahun nie untuk ehem3 pada akhir tahun nie.... biarlah rahsia.. hehe.
  • Ketiga plak, oleh sebab umo pun meningkat, mestilar saya nak jadi orang yang bertambah matang dan berfikiran dewasa.
Itu jer harapan saya untuk 2010 nie. Semua kenangan 2009 tu akan saya semadikan dalam hati ni. Semua tu dijadikan pengalaman dalam hidup saya. Kalau nak cerita semuanya, mungkin mengambil masa berhari-hari lamanya.

Bagaimana pula dengan harapan anda???