"Aku tak kan muncul lagi depan kau. Aku tak kenal orang yang bernama Lyana Mastura."
Begitulah ayat-ayat sms terakhir dari seorang sahabat baik sekaum dengan saya yang terlalu marah pada saya ketika itu. Ketika saya sedang menyambut hari kelahiran saya bersama rakan-rakan di restoran BBN Nilai. Saya tak tahu apa silapnya yang membuatkan dia berkata begitu.
Saya teringat kata-kata sahabat saya itu
" Nanti besday kau, aku nak buat surprise party untuk kau Yana,"
Adakah surprise yang die maksudkan tu dengan memutuskan perhubungan persahabatan. Susah betul untuk saya memahami dia. Hal yang disebabkan perkara yang tidak saya tahu langsung, perkara yang saya tidak terlibat langsung, akhirnya disalah anggap dan terus diputuskan tali persahabatan.
"Alahai, kalau aku putus ngan kau pun, kau apa kisah. Kau ada ramai kawan lagi."
Sehingga begitu sekali dia mengandaikan saya andai persahabatan itu putus. Tiada apa yang perlu saya balas sms ringkas dia. Saya hanya terdiam, terkejut dan terkedu atas semua sms yang dia hantar pada petang itu. Namun, kek yang dipenuhi lilin ketika itu tetap juga saya tiup untuk menceriakan rakan-rakan yang datang menyambut besday saya. Keesokan harinya, saya pergi ker dorm si dia namun dibiarkan saya begitu sahaja di luar pintu. Malu saya pada rakan-rakannya di bilik.
"Andai itu yang kau mahu sahabatku, Aku terima ape sahaja yang kau buat. Asalkan kau puas."
detik hatiku lalu meninggalkan dormnye.
Terlerailah sudah janji untuk membuka kedai waffle bersama. Cadangan pembukaan kedai dimulakan dengan dia. Saya hanya setuju. Malah saya pula yang jadi bersemangat mencari supplier untuk membuat waffle. Kini tingal saya seorang. Semangat untuk membuka waffle luntur begitu sahaja walaupun telah dipujuk.
Sekarang ni saya tidak tahu bagaimana caranya untuk memberi alasan kepada umi dan abah yang jualan waffle pada cuti sem ni tak jadi. Teringat pula saat umi dan abah menerima khabar saya ingin berniaga. Mereka ingin membelikan mesin membuat waffle. Minta maaf umi, minta maaf abah. Alhamdulillah mereka masih belum beli lagi. Takkan saya nak cakap yang perhubungan persahabatan dah putus. Pasti mereka kata kami macam budak-budak. Tak bersifat matang. Hanya Allah yang tau hati saya ni.
YaAllah Ya Tuhan, andai ini ujian yang kau berikan kepadaku, aku terima seadanya YaAllah. Namun aku hanya hambaMu. Tabahkanlah hatiku ini menerima segala dugaanMu.
Kini saya tahu mana kawan mana lawan. Thanks sahabat. :)