Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Assalamualaikum buat semua rakan yang tidak pernah melupakanku..
Alhamdulillah, dengan rahmat kurniaanNya, dapat juga saya menyambung penulisan saya dalam blog yang teramat bersawang ini.
Bukan sengaja x nak update tapi masa tidak mengizinkan saya untuk menaip serba sedikit tentang kehidupan baru saya di UIA Gombak menyambung pelajaran peringkat ijazah sarjana muda fakulti ekonomi dan sains pengurusan insyaAllah dalam bidang perakaunan. Kenapa masih insyaAllah??? Sebabnya saya tak dapat pengkhususan lagi. Fakulti ekonomi dan sains pengurusan terdiri daripada empat bidang pengkhususan.
1. Bachelor Of Accounting
2. Bachelor of Economics
3. Bachelor Of Business Administration
Lama betul nak dapat pengkhususan kat UIA nie. Tapi ada sebabnye UIA buat mcm ni (Back to Basic) supaya pelajar tidak terkial-kial bila dah dapat pengkhususan nanti.
PersatuanPKPIMBab persatuan pulak, saya bertekad nak masuk PKPIM dari dulu. Sebab lepas skul dulu, saya ada menyertai program PKPIM tapi bile dah masuk matrik, langsung lost contact dengan PKPIM. Alhamdulillah, sekarang nie jumpa balik senior PKPIM kat Gombak.
STEADFAST
Steadfast ni pulak singkatan daripada perkataan 'Student Facilitator Team'. Masuk steadfast ni macam-macam cabaran. Mula-mula ada interview. Ramai gile orang datang interview. Beratus kot. Alhamdulillah saya dipilih lepas interview. Seramai 88 orang dipilih. Selepas interview, ada 3 cabaran lagi perlu ditempuh. Setakat ni saya baru lepas 2 cabaran. Cabaran ke3 belum lagi. Lepas cabaran ke3, barulah diberitau siapa yang betul-betul layak untuk menjadi ahli STEADFAST. Bawah ni antara gambar-gambar time cabaran STEADFAST. Sangat best. Hilang segala masalah yang ada kat kepala masa tu.
explorace time
module time
FamilyDuduk kat Gombak ni rindu sangat100x kat family. Tak pernah rasa rindu macam nie. Tak pernah rasa x sabar-sabar nak balik sebelum nie. Sejak masuk UIA Gombak belum pernah balik lagi. Salah satu sebabnya tak ada duit n hari Sabtu ada kelas. Puasa nie sedaya upaya nak balik jugak. Ada lar jugak sekali weekend family saya datang. Terubat lar sikit rindu.
Even rindu gile kat family, saya sayang gile kat UIA.
Thanks sebab baca blog saya kali ini even dah lama saya tak update.