Friday, December 18, 2009

Tiara Beach Resort

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum buat semua pembaca budiman..

Lame dah saya tak tulis kat blog ni. Bukan apa. Bz sikit. Hari Rabu hari tu saya gie Tiara Beach Resort Port Dickson. Dah lame dah buat 'online reservation'. Time 'booking' tu pun banyak dah penuh. Akhirnya dapat jugak satu bilik..

Sangat best hotel ni. Kolam renang diorang buat macam suasana laut. So, diorang tak tetapkan langsung syarat untuk pakaian. Kolam renang bukannya macam hotel-hotel yang lain tu. Hotel-hotel yang lain tu hanay ada dua jenis kolam renang jer. Satu untuk dewasa satu lagi untuk kanak-kanak. Berbeza pula dengan Tiara Beach Resort. Ada 4 jenis kolam. Satu untuk kanak-kanak yang penuh dengan gelongsor dan permainan. Satu untuk dewasa dan kanak-kanak yang disediakan gelongsor untuk golongan dewasa, satu untuk dewasa, satu lagi khas untuk sesiapa yang teringin bermain bola tampar dalam air kolam. Siap ada jaring sekali. Memang enjoy sangat bermalam kat hotel ni.

Jenis bilik pula terdiri daripada banyak kategori. Ini macam biasalah. Semua hotel banyak macam tu. saya pergi dengan dua family. So, saya dan adik saya merancang untuk reserve 'family suit'.

Klik Kat gambar Nie:-


Tetapi, ada satu perkara yang amat menyedihkan saya. Gambar-gambar yang kami amik bersama-sama tidak dapat dikongsi bersama anda semua. Hal ini disebabkan handphone saya pulak ada problem. Tak boleh 'ON'. Kena air punya pasal. Huhuhu.. saya cuma boleh bagi gambar pemandangan dari jauh jer. Itu pun saya amik dari laman web Tiara beach resort tu sendiri. InsyaAllah, kalau dah elok handphone saye tu, saye akan upload gambar-gambar tu untuk dikongsi bersama.

Jadi, jom ramai-ramai bercuti kat hotel ni. Kalau ada family yang nak bercuti tu, ajak mereka pergi hotel ni. Harga pun 'reasonable'. :)

Selamat bercuti kepada semua yang tengah bercuti.

p/s:- Sekarang ni tengah cuti midsem. Isnin nie start kelas balik.

2 comments:

~zuL~ said...

isnin start klas? lor... bru nk ajk g jln2 rmai2 ahd nti.. bleh kew?

Lyana Mastura said...

ahad boleh jer zul... jom2... klas aku isnin n rabu jer..