Sunday, January 31, 2010

Terima jer Lar !!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

"Aku tak kan muncul lagi depan kau. Aku tak kenal orang yang bernama Lyana Mastura."


Begitulah ayat-ayat sms terakhir dari seorang sahabat baik sekaum dengan saya yang terlalu marah pada saya ketika itu. Ketika saya sedang menyambut hari kelahiran saya bersama rakan-rakan di restoran BBN Nilai. Saya tak tahu apa silapnya yang membuatkan dia berkata begitu.

Saya teringat kata-kata sahabat saya itu
" Nanti besday kau, aku nak buat surprise party untuk kau Yana,"

Adakah surprise yang die maksudkan tu dengan memutuskan perhubungan persahabatan. Susah betul untuk saya memahami dia. Hal yang disebabkan perkara yang tidak saya tahu langsung, perkara yang saya tidak terlibat langsung, akhirnya disalah anggap dan terus diputuskan tali persahabatan.

"Alahai, kalau aku putus ngan kau pun, kau apa kisah. Kau ada ramai kawan lagi."

Sehingga begitu sekali dia mengandaikan saya andai persahabatan itu putus. Tiada apa yang perlu saya balas sms ringkas dia. Saya hanya terdiam, terkejut dan terkedu atas semua sms yang dia hantar pada petang itu. Namun, kek yang dipenuhi lilin ketika itu tetap juga saya tiup untuk menceriakan rakan-rakan yang datang menyambut besday saya. Keesokan harinya, saya pergi ker dorm si dia namun dibiarkan saya begitu sahaja di luar pintu. Malu saya pada rakan-rakannya di bilik.
"Andai itu yang kau mahu sahabatku, Aku terima ape sahaja yang kau buat. Asalkan kau puas."
detik hatiku lalu meninggalkan dormnye.


Terlerailah sudah janji untuk membuka kedai waffle bersama. Cadangan pembukaan kedai dimulakan dengan dia. Saya hanya setuju. Malah saya pula yang jadi bersemangat mencari supplier untuk membuat waffle. Kini tingal saya seorang. Semangat untuk membuka waffle luntur begitu sahaja walaupun telah dipujuk.



Sekarang ni saya tidak tahu bagaimana caranya untuk memberi alasan kepada umi dan abah yang jualan waffle pada cuti sem ni tak jadi. Teringat pula saat umi dan abah menerima khabar saya ingin berniaga. Mereka ingin membelikan mesin membuat waffle. Minta maaf umi, minta maaf abah. Alhamdulillah mereka masih belum beli lagi. Takkan saya nak cakap yang perhubungan persahabatan dah putus. Pasti mereka kata kami macam budak-budak. Tak bersifat matang. Hanya Allah yang tau hati saya ni.

YaAllah Ya Tuhan, andai ini ujian yang kau berikan kepadaku, aku terima seadanya YaAllah. Namun aku hanya hambaMu. Tabahkanlah hatiku ini menerima segala dugaanMu.

Kini saya tahu mana kawan mana lawan. Thanks sahabat. :)

Friday, January 22, 2010

BestDay Party

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum kepada anda yang tidak serik membaca blog saya.

Alhamdulillah, tanggal 20 januari 2010, genaplah umur saya 20 tahun. Seketika saya teringat perngorbanan umi dan abah yang tidak serik-serik menjaga saya tanpa keluh selama 20 tahun. Tidak dapat ku balas jasa mereka yang penuh kasih sayang. Hanya mampu saya lakukan sentiasa membuat mereka rasa gembira dan menjaga nama baik saya dan keluarga. I miss u so much!!! (even rumah dekat jer ngan UIA Nilai).

Walaupun tidak dapat sambut bersama keluarga, namun rasa sedih tu diubati dengan sambutan kawan-lawan di UIA NIlai. Terima kasih kepada abg naf yang sudi belanja untuk majlis bestday saya. Majlis tak adalar besar mana. Dihadiri seramai 10 orang. Juz buat dekat restoran BBN jam 6 petang.

antara gambar-gambar yang sempat diambil

Wau!!!!! Dalam majlis tu juga saya dapat hadiah. Terima kasih pada abang naf yang memberikan cincin emas sebagai hadiah hari jadi saya. Tidak lupa juga kepada JEL salah seorang ahli bilik saya yang menghadiahkan saya sehelai baju yang saya mahukan selama ni. Tidak lupa juga pada siska sahabat baik saya yang buat post kat blog die khas untuk saya ada hari lahir saya. Thanks siska. Tidak terkata saya dengan apa yang saya dapat pada hari tersebut.

Sebut pasal majlis hari jadi saya, saya teringat memori hari jadi saya tahun lepas yang juga tidak dapat dsambut bersama dengan keluarga saya. Kawan-kawan saya di bilik d22 buatkan surprise besday party untuk saya. Memang tak disangka pada masa tu sebab diorang sambut saat 1 minit besday saya tamat. Saya dibaling tepung apabila masuk ke bilik. Memori tahun lepas saya sematkan dalam hati saya. Sukar untuk saya lupakan sahabat-sahabat saya yang amat saya sayangi.

Terima kasih juga pada semua yang telah berikan ucapan hari lahir pada saya. Ucapan anda semua amat saya hargai.

20 tahun saya dah hidup di dunia nie. Dosa pahala saya hanya Allah yang tahu. Adakah baik sya lebih berat dari dosa saya?? Ampunkan aku yaAllah.

Thursday, January 14, 2010

Buka Business.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum kepada semua pembaca yang setia..

Lame jugak tak update blog nie.. Banyak sangat kerja minggu nie yang perlu dibuat. Hari ni baru ada mase.

"Yana, jom bukak kedai wafle cuti ni?" tanye seorang sahabatku.

"Kat mane?" tanye saya inginkan kepastian.

"Kat Taman ko lah.. taman ko kan besar. pas2 blum ade lagi orang yang jual wafle 2."

Bila difikirkan semula, elok juga kalau saya buka kedai wafle nie. Ada juga benda yang saya nak buat cuti panjang nie. Maklumlah cuti nak pindah Gombak nanti akhir bulan 2 sampai lar Akhir Bulan 6. Sepatutnya saya boleh jer gie Gombak time bulan short sem bulan 3 tapi parents saya pulak tak kasi. Kalau nak tanye saye ad pengalaman atau tak, dah ade dah pengalaman coz sekarang nie saya ada kerja kat kedai wafle. Cuma sekarang nie saya tengah sibuk mencari supplier.

Bab lesen pula, habis jer sem nie, nak gie kursus perniagaan makan n minum bersama dengan nafjid dan kawan saya ejay. Bab modal pula.. emm.. tak perlu lar diberitahu modal macam mane kan. hehe.. Biarlah rahsia..

Hope segala perancangan nie berjaya. I need your support:) Dah buka nanti saye pasti bagi tau anda semua.

p/s:- minta maaf kepada kawan-kawan yang terasa dengan saya jika saya dah lama x contact ataupun fikir saya sombong. Bukan ape, saya sangat bz sekarang nie. Nak pergi jumpe korang pun x de mase. Hope korang sume faham. Jangan hukum saya. :)

Friday, January 1, 2010

2009 jaDi KenaNgan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum buat semua sahabat....

Banyak betul sms yang saya dapat daripada teman-teman saya. Semua sms tu beri ucapan selamat tahun baru utk saye..

Ada juga yang menanya apa harapan saya untuk 2010 ni?? ehem2... kalau nak cakap pasal harapan.. memang banyak. Paling utama, setiap tahun, wajib perbaiki diri ini untuk lebih mendekatkan lagi diri kepada Allah swt. Dosa yang lampau dijadikan sebagai pengajaran supaya tidak melakukannya lagi. Amal pahala pada tahun 2009 dapat ditambah lagi pada tahun ini. Selain daripada mendekatkan lagi diri kepada Allah, ada harapan lain juga yang ingin saya kecapi tahun ini.

  • First skali, saya nak teruskan impian saya yang tak tercapai mase 2009 iaitu target saye nak masuk UIA Gombak tahun nie. Mesti lar saye nak sambung degree tahun nie. Takkan lar saya nak duk buat foundation jer sampai saye tua kan.'
  • Kedua plak, saya nak kumpul duit tahun nie untuk ehem3 pada akhir tahun nie.... biarlah rahsia.. hehe.
  • Ketiga plak, oleh sebab umo pun meningkat, mestilar saya nak jadi orang yang bertambah matang dan berfikiran dewasa.
Itu jer harapan saya untuk 2010 nie. Semua kenangan 2009 tu akan saya semadikan dalam hati ni. Semua tu dijadikan pengalaman dalam hidup saya. Kalau nak cerita semuanya, mungkin mengambil masa berhari-hari lamanya.

Bagaimana pula dengan harapan anda???