Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Salam sejahtera buat semua pembaca-pembaca bestthriller.
Lame nye saya dah tak berblog. Hampir sebulan. Maklumlah. Nak amik mood cuti. Lettop pun x de kat tangan sekarang nie. Adik saya pinjam. Pakai komputer rumah. Agak sukar sikit sebab semua orang dalam rumah nie menggunakan 1 komputer yang sama. Kenalah amik giliran. Hihihi.
Semalam, saya sekeluarga membuat nasi lemak sebanyak 400 bungkus untuk pelajar di sebuah sekolah di KLIA. Fuhh!!! Sangat banyak dan kami sekeluarga hanya buat tanpa bantuan pekerja. Kuih apam pulak 1 orang dapat dua. Bayangkanlah 400 pelajar kali dengan 2. 800 unit apam kami siapkan. Alhamdulillah. Kerja dilakukan dengan cepat, sedap, dan memenuhi kehendak pelanggan. Bila dah siap semuanya, baru terasa penat.
Sesudah kerja-kerja pembersihan dilakukan, saya beristirehat sambil membaca satu 'brochure' khas daripada 'Kementerian Kesihatan Malaysia' tentang 'Kurangkan Gula'.
"Anda nak tau tak apa tu gula??"
Gula adalah sejenis bahan yang memberi rasa manis pada makanan.
Gula nie ade dua jenis. Satu 'Gula Semulajadi' dan satu lagi 'Gula yang Tersembunyi'.
Gula semulajadi ialah gula yang terdapat secara semulajadi di dalam makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan hasil tenusu. Gula tersembunyi pula ialah gula yang ditambah pada makanan semasa pemprosesan dan penyediaan makanan seperti dalam masakan.
Anda nak tau ape kesan gula terhadap kesihatan anda?
- Diabetes
- Gangguan Gastrousus
- Karies Gigi
- Kekurangan nutrien
Saya ni dah lar suka makan benda yang manis-manis. Terutama kuih. Antara tips yang diberi untuk mengurangkan pengambilan gula ialah :-
- Kurangkan pengambilan makanan yang manis
- Kurangkan pengambilan minuman manis/bergas/berkarbonat
- Kurangkan penggunaan gula dalam kopi atau teh
- Kurangkan gula dalam resipi masakan
- Baca label dan pilih kandungan gula yang remdah atau tanpa gula.
- Makan buah-buahan segar sebgai pencuci mulut.
Ha!! Kalau yang penggemar kopi dan teh tu mesti tak puas kan kalau tak cukup gula. Saya cakap macam tu sebab saya pun salah seorang penggemar kopi dan teh. Tak sah kalau kurang gula. Namun sekarang saya mengamalkan kurang gula. Nak jaga makan sekarang terutama time cuti sekarang nie. Saya juga nak share dengan anda buat semua penggemar juice yang ingin menjaga kesihatan. Anda beli juice jenama 'Just Juice'. Selalunya ade jual kat petronas dan shell. 'no added sugar'. Heheh..
Mari sama-sama kita kurangkan gula dalam makan minum kita.
Sekian..
p/s :- Tengah cuti sekarang nie. Baru 2 minggu habis final. Menunggu debaran result. Doakan kejayaan saya untuk meneruskan pengajian ke Gombak.