Wednesday, March 17, 2010

Jom Buat Muffin

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum buat semua pembaca yang budiman...

Hari ni saya nak kongsi dengan anda semua tentang cara-cara nak buat Muffin.. Mudah dan senang untuk dibuat.

Gambar sekadar hisasan

Antara bahan-bahannya ialah :-
  • 3 cawan tepung yang telah siap diayak bersama 2 sudu 'baking powder'
  • 2 cawan Coklat masakan (dicairkan bersama dengan minyak jagung)
  • 2 sudu Ovelette
  • 8 biji telur
  • 3 cawan minyak jagung
Cara-caranya ialah :-
  • Pukul Telur hingga sebati. Masukkan Ovelette.
  • Seterusnya masukkan tepung ke dalam telur tersebut. Pukul lagi sehingga rata.
  • Kemudian, masukkan coklat dan minyak jagung. Pukul lagi sehingga rata.
  • Letakkan adunan dalam acuan.
  • Kukus sehingga masak.
Senang bukan untuk menyediakannya. Mudah dan sangat sedap. Selamat mencuba yer.

Saya sedia menerima tempahan di sekitar Negeri Sembilan.

p/s :- Alhamdulillah. Result untuk mathematics memberangsangkan. Daripada failed dapat lah B+. Susah untuk menanamkan minat yang mendalam. Akhrinya boleh juga.

5 comments:

Adibah said...

congratez yana!!nt ak da cti ley tlg ko wat muffin x??hehe*brangan*

Lyana Mastura said...

hahaha.. boleh... kita cari planggan sesame..

Anonymous said...

testing2... testing comment=)

khaty said...

testing lagi=)

Lyana Mastura said...

fine!!! khaty n finas... aku baru prasan comment korang:)