Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Assalamualaikum buat semua sahabat yang tak pernah lupa mengunjungi blog saya..
Alhamdulillah, dengan limpah kurnianya, dapat juga saya menulis blog setelah sekian lama tak 'update'.
Pada bulan april lepas, saya tidak akan lupa pengalaman saya menjadi seorang cashier di sebuah pasaraya tempatan ECONSAVE cawangan FOREST HEIGHT. Impian saya nak beli basikal baru. hehehe.. Pelbagai ragam manusia saya perhati. ragam saya lagi lar. Pasti kelakar bile orang melihat ragam saya 'scan' barang.
Saya selalu menyusahkan orang apabila saya membuat kesilapan. 'Double Scan' lah. 'Triple Scan ' lah. Salah hafal code pun ada. Kod untuk kuew teow saya tekan kod untuk ape ntah. yang penting harga kuew teow tu beratus. Semua kesilapan tu membuatkan saya selalu dimarahi 'customer'. Adat lar. Budak baru belajar. Ada lar kesilapannya.
Dalam beberapa minggu bekerja, Alhamdulillah, semua kesilapan tu makin hari makin kurang. Kwan pun makin lama makin ramai. Makin yang mendekati saya jika nak dibandingkan dengan hari-hari yang sebelumnya. Bila dah mahir, hari-hari lar kena buat OT (pagi sampai malam). Makin hari juga saya mempunyai pelanggan tetap yang bayar dikaunter saya. Hehe.
Namun, nasib tidak menyebelahi saya. Saya diserang 'asthma' pula ketika waktu saya bekerja. Saya tidak mampu bangun satu hari selepas saya mengambil 'nebulizer' iaitu hari saya mc. Pada hari itu, hari tidak sampai setengah bula saya bekerja, 'parents' saya nekad suruh saya berhenti. Mungkin bukan rezeki saya disini.
Rehat lar saya di rumah sementara menunggu kemasukan di UIA. Alhamdulillah dapat juga saya tawaran sambung belajar 'bachelor' kat Gombak. Bulan 7 nie masuklar. Doakan kejayaan saya ok. Pada semua kawan-kawan yang sedang bercuti, jom lar keluar hangout. Rindu kat korang semua.
Wassalam
No comments:
Post a Comment