Monday, May 25, 2009

DanGeroUS!!!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum..

"New operandy of robbery. When you are in your car, if someone approach you for tissue paper whose face or hand with blood, do not wind down your window. They are robbers. Already 40 such cases in KL and Johor. Please forward this sms to those you are concerned!!"


Satu hari, saya dapat sms ni daripada seorang sahabat saya. Terfikir di fikiran saya bagaimana pula kalau orang yang berdarah itu betul-betul memerlukan bantuan kita? Kita bukannya tahu. Jika orang itu betul-betul memerlukan bantuan Alhamdulillah. Masalahnya sekarang takut juga jika orang itu betul-betul ingin merompak.

Teringat pula saya kisah silam yang mana bonda tercinta saya sendiri dirompak oleh penjenayah ini. Alhamdulillah bonda saya tidak diapa-apakan. Wang ringgit tidak membawa apa-apa makna kecuali nyawa. Pada masa itu kecuaian juga boleh dipersalahkan kerana kereta tidak dikunci. Sehingga kini kami tidak tahu berita tentang penjenayah tersebut.

Seperti mana yang kita dapat lihat sekarang, kes jenayah ini semakin berleluasa di negara kita. Walaupun negara kita sudah mencapai kemerdekaan berpuluh tahun, tapi kita masih dijajah dengan manusia yang tidak berperi kemanusiaan ini.

Kes seperti seorang wanita mati akibat diragut telah menarik perhatian masyarakat Malaysia. Kanak-kanak kecil juga tidak dapat bergerak bebas di halaman rumah mereka kerana takut jadi kes seperti Nurin Jazlin yang telah hilang dan ditemui mati serta adik Shalini yang masih hilang hingga kini.

Oleh itu, kita seharusnya berjaga-jaga dengan penjenayah ini. Jaga barang-barang berharga anda. Jangan sekali-kali cuai dalam hal ini. Walaubagaimanapun, sejauh mane kita berhati-hati, andai dirompak juga, bersabarlah. Jangan salahkan takdir. Itu semua dugaan. Kepada perompak-perompak diluar sana, fikirkanlah keamanan negara kita dan susah payah pahlawan-pahlawan kita terdahulu mendapatkan kemerdekaan.

Wassalam..

No comments: