Tuesday, July 21, 2009

McDonald??

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. dengan kuasa Allah, saya diberi peluang to make a new post.

McDonald???!!!!
aiseh.. boikot lar pulak... ape yang saye nak citer ni bukanlah pasal McDonald tapi sebenarnye McLead (Management Course Of Student Leaders 2009). Satu program pemimpin yang saya ikuti sebagai setiausaha Red Crescent Club anjuran UIA gabungan Nilai dan PJ di Puteri Resort, Ayer Keroh, Melaka.
Sepanjang program ni, banyak pengalaman yang saya harungi dengan pelbagai aktiviti yang menarik.

WHO R WE??????????? !!!!
PROLEAD!!!

Apa yang saya gembira masa ni ialah semangat dalam berkumpulan semasa aktiviti 'THE HUNT'. Aktiviti ni lebih kurang Explorace lar. Kumpulan saya diberi name PROLEAD singkatan dari word "Professional Leaders". Walaupun masing-masing baru kenal tapi gaya masing-masing macam 1 sekolah plak. Dalam aktiviti ini juga, saya hilang sebentuk cincin perak yang baru dibeli. Hilangnye ia mase saya tanggalkan cincin dan letak ia didalam kocek saya. (x realize plak ad hole). Semangat rakan-rakan satu kumpulan saya tolong mencarinye tetapi tak jumpa gak. Tak ade rezeki lar katakan. Huhuhu.
Malam Kebudayaan




Antara Hadiah yang diperoleh

Selain itu, kitaorang hanya ade beberapa jam sahaja persediaan untuk membuat persembahan. Sebenarnya kami diberi 2 hari untuk siapkan persembahan tapi nak buat macam mane, susah nak berjumpe untuk berkumpulan. So, Kita orang buat persembahan coral speaking jer.. Dalam banyak-banyak kumpulan, kamilah satu-satunya kumpulan yang buat coral speaking. Kumpulan laen semua buat lakonan yang mantap-mantap. Kita orangnye leader untuk coral speaking adalah seorang yang memang teramat berpengalaman dalam coral speaking ni. Ape yang teramat saya bangga kat sini, semua ahli mengikut satu suara leader kami walaupun dia adalah seorang wanita. Itulah kata salah seorang dari speakers kami iaitu
"Seorang leader mampu membuat anak-anak buahnya mengikut segala tunjuk arahnya"

Apa yang paling penting untuk program McLead ini ialah program-program yang akan dijalankan sepanjang 2 semester yang dikenali seebagai ALMANAC. Setiap kelab dan persatuan memberi tarikh-tarikh penting untuk program-program mereka. Perbincangan ini amat penting untuk memastikan program-program yang mereka jalankan tidak berselisih dengan program yang lain pada hari yang sama. Selain itu kami juga diberi keteranagan tentang procedures yang perlu dibuat untuk menjayakan sesebuah program.

Detik-detik Akhir


Disebalik kegembiraan, kesedihan pula terukir sewaktu kami ingin pulang. Perpisahan antara ahli kumpulan dan bergambar untuk kali terakhir. Semasa sesi penggambaran, diri ini tidak sedar bila masenye hp saye diambil dan hilang dalam sekelip mata. Seingat saya baru sahaja beberapa minit saya pegang hp tersebut sebelum ia hilang. Aduh!!! ade je bende yang nak hilang. Huhuhu..
"Berilah keampunan kepada orang yang mengambil hp ku itu, YaAllah. Semoga orang itu mendapat hidayah daripadaMu YaAllah!! "

Kepada kawan-kawan, anda semua adalah pemimpin. Pemimpin sebagai seorang manusia di bumi ini. Jika anda bukan pemimpin, bagaimana anda boleh menggunakan semua pancaindera anda dalam kehidupan anda seharian...

Sekian..



No comments: