Monday, February 21, 2011

Pengalaman di UUM

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Salam persahabatan...

Tiba-tiba teringat plak aku kat Universiti Utara Malaysia (UUM). Program yang mana aku tak dapat nak join sebab terlantar kat hospital bulan lepas. Festival Koperasi Kebudayaan Siswa. Salah satu program yang juga telah menaikkan nama 'Crunchy Waffle Shop'.


Apapun aku mengucapkan banyak terima kasih kat Sha yang tak pernah putus asa untuk membuka kedai tersebut walau ketiadaan aku. Mencari ahli-ahli kelab usahawan yang lain untuk membantunya membuka kedai di UUM. (takkan lar nak wat sorang2 kan) Huhuhu.. Terharu aku... Terima kasih tak terhingga juga pada semua orang yang membantu dalam perniagan kami yer..

Alhamdulillah, berkat ketekunan dan usaha semua ahli-ahli kelab usahawan, UIA berjaya merangkul anugerah sebagai Ruang Niaga Terbaik.

Semoga kami dapat menaikkan lagi nama UIA pada tahun akan datang. InsyaAllah:)

No comments: