Saturday, April 10, 2010

Kalau Dah Mabuk SMS

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum buat semua pembaca setia..

Kali ini, ingin saya berkongsi dengan anda sebuah kisah benar mengenai seorang pelajar bernama Levitz. Beliau terpaksa dibedah kerana kedua-dua tangannya tidak dapat berfungsi. Hal ini diesedari apabila tangannya berasa kebas kemudian beliau mencuba untuk mengangkat pinggan tetapi ia jatuh. Masalah ini terjadi disebabkan Levitz terlampau asyik bersms sehingga mencecah 100 sehari.




Doktor Levitz menyatakan bahawa Levitz mengalami sindrom 'carpal tunnel'. Sindrom ini sering terjadi apabila menggunakan komputer dengan kerap.

Jadi, diingatkan kepada semua sahabat termasuk saya sendiri, tidak perlu untuk bersms sehingga seratus kali sehari.. cukuplah sekadar berbalas pertanyaan pemberi sms dan memberi sms perkara-perkara yang penting sahaja. Begitu juga dengan penggunaan komputer yang kerap. Kalau tidak hari ini kita kena, takut hari tua nanti pula kita kena sindrom ni. Aduh!! Takutnya saya.

Maklumat ini diambil daripada email seronok - faiza318@gmail.com. Terima kasih kepada pemberi maklumat yang banyak memberi kesedaran tentang bahaya sms.

4 comments:

Cik AsRaR said...

salam....adeh!!!
yana!!! sesuai unuk diriku artikel nie~heee...thanks kongsi info ;)

Cik AsRaR said...

errr...tertinggal 't'...hahah

Lyana Mastura said...

salam.. sesuai untuk diriku juga ye laily... :)

Humaira Salahudin said...

sALAM...

Ha...gile sgt tue...
xmampulah plak nk anta 100 sms sehari..
boleh bankrap pun ye jugak..
huhuhu~