Monday, February 21, 2011

Pengalaman di UUM

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Salam persahabatan...

Tiba-tiba teringat plak aku kat Universiti Utara Malaysia (UUM). Program yang mana aku tak dapat nak join sebab terlantar kat hospital bulan lepas. Festival Koperasi Kebudayaan Siswa. Salah satu program yang juga telah menaikkan nama 'Crunchy Waffle Shop'.


Apapun aku mengucapkan banyak terima kasih kat Sha yang tak pernah putus asa untuk membuka kedai tersebut walau ketiadaan aku. Mencari ahli-ahli kelab usahawan yang lain untuk membantunya membuka kedai di UUM. (takkan lar nak wat sorang2 kan) Huhuhu.. Terharu aku... Terima kasih tak terhingga juga pada semua orang yang membantu dalam perniagan kami yer..

Alhamdulillah, berkat ketekunan dan usaha semua ahli-ahli kelab usahawan, UIA berjaya merangkul anugerah sebagai Ruang Niaga Terbaik.

Semoga kami dapat menaikkan lagi nama UIA pada tahun akan datang. InsyaAllah:)

Saturday, February 19, 2011

Dh takdir.. Terima je lar:)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum buat semua sahabat...

Ingat lagi tak yang aku 'warded' bulan lepas??? waaaaa...... dah takdir.. nak wat macam mane kan...
Bila aku masuk wad, semua exam midsem ak tggalkan... waaa...

Ak ingat kan leh lar amik balik exam lepas kluar wad.. tgok2 semua lecturer aku juz want to increase my percentage for my final.. Sepatutnye final 50 percent, bile dh increase final jd lar 70 percent.. Aduh!!!! mmg betul2 kene score final nie..


Yg aku geram nye tu, kwan2 aku sume nye lar nak lemahkan semangat aku.. why?? sbb aku nye percentage utk final tinggi gile drpd diorang.. satu jer ak fikir tuk naik kan semangat aku... Tentunye aku bleh skor markah final drpd diorang yang 'failed' time midsem:) opsss!!!! ckp besar ke aku ni ye??? Sorry.. Cuma nak menyedapkan ati yang teramat risau:)

Tu jer nak bg tau.. Tggu jer lar aku nye result final nanti macam mane ye... Moga2 dipermudahkan:) Doakan aku:)

Sekian:)

Sunday, February 13, 2011

Menyertai Pertandingan Yang Tidak Pernah Disertai

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum buat semua sahabat...

Alhamdulillah, dengan izin Allah, ak dan biro ak (Human Resource and Management) mendapat tempat ketiga dalam pertandingan debat antara biro Student Fasilitator IIUM, Gombak. Walaupun hanya debat anatar biro tetapi perasaan berdebar hanya Tuhan yang tahu. Maklumlah tak pernah masuk debat. Kalau masuk pun kat kelas je dulu secara cincai jer. Bukan masuk pertandingan pun mase sekolah dulu.

Walaupun biro kita orang masing-masing tak ada pengalaman tapi boleh dibanggakan juga sebab dapat nombor 3 daripada 6 kumpulan. yang penting kita orang dapat kalahkan orang-orang yang banyak pengalaman daripada kita orang. Satu pencapaian yang hebat bukan?? hehe..

Aku belajar cara debat pun 3 jam sebelum pertandingan. Sepatutnya, ak hanya 'event manager' untuk pertandingan ni. Tapi disebabkan tak ada wakil dari biro aku, tak memasal ak pun kena jadi 'bidan terjun'. Petang tu terus ak talipon seorang sahabat yang sangat baik dengan aku sape lagi kalu bukan Cik Siska Puspa Murni. Ak tanye dalam talipon jer. Mintak ayat2 yang sedap.. Hehe.. Bertindak sebagai Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang dari awal aku bertanding sampai lar akhir pertandingan sebab cik siska tu bertindak sebagai Perdana Menteri juga bila berdebat. Thanks cik siska.

Teruja nak bagi tajuk yang biro ak kena wat:-
>Artis Malaysia boleh dijadikan contoh tauladan yang baik - Kerajaan
>Buang Bayi Salah Lelaki - Kerajaan
>Facebook Memberi Kebaikan kepada Remaja - Pembangkang


Senang tak tajuk2 tu.. Bagi aku senang jer.. Tapi bile dah mula pertandingan, ak jadi kabut plak nak jawab.. :) Tak sangka bleh menang dengan orang yang berpengalaman.. Apapun HRM Steadfast memang terbaik:)

Sekian..

** maaf tak ad gmbr debat lar.. sebab tak sempat nak ambil gambr.. t ak try cari kat kengkawan yang laen..