Saturday, December 12, 2009

Part Time Job

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum buat semua pembaca yang budiman..

Hari-hari berlalu di UIA Nilai sungguh membosankan. Hal ini kerana masa-masa yang berlalu terbuang begitu sahaja. Pasti tertanya-tanya aktiviti apakah yang akan dibuat apabila masa lapang tiba. Kalau masa lapang saya hanya 3 jam, pasti tidak saya tertanya-tanya aktiviti apakah yang akan saya lakukan. Masa lapang saya mencecah hampir 12 jam sehari apabila tiada kelas sesudah saya tolakkan masa untuk saya belajar, tidur, mandi, solat, makan dan minum. Buntu saya dibuatnya.

Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk membuat 'Part Time Job' di Nilai. Kerja yang memang saya dapat ialah kerja di kedai makan 'MakCik'. Saya telah lama kerja di 'Cafe Makcik' ni. Sejak saya amik 'short sem' (antara bulan March hingga Mei) lagi. Habis short sem, saya berhenti. Sekarang ni, saya kerja semula di sini sebagai tauke nasi lemak dan 'fast food centre'. Saya hanya kerja dari pukul 5pm sampai 7.30pm. Sekejap sahaja kerana antara cafe ke bilik saya jauh. Kena masuk bilik pukul 10pm. Lambat sikit kena 'compound'. Jadi, saya hanya bekerja dalam 3 jam sahaja di cafe tersebut. Cafe ni best sebab orang yang membeli di cafe ni terdiri daripada pelajar perempuan uia sahaja.



Selain itu, saya dapat kerja di kedai wafle kat blok B Uia. Saya baru jer dapat kerja ni pada hari Khamis hari tu. Ahamdulillah. Saya kerja kat kedai ni dari pukul 10am hingga 3pm. Kedai ni dekat sangat dengan bilik saya. InsyaAllah, saya akan bermula kerja di kedai ini selepas cuti seminggu ini. Berdebar juga saya sebab kedai ni bukan 'student' uia jer yang datang malah orang awam juga terutama 'Murni Nursing College'. Walau apapun, disebabkan nak mengisi masa lapang sambil duit pun masuk, kena lar tahan muka malu. Hihihihi..

Bak kata seorang sahabat saya,
"Kalau betul-betul nak isi masa lapang sambil duit pun masuk, perasaan malu tu pasti tak ada. InsyaAllah,"

Biar apapun orang nak kata, yang penting saya bahagia dan paling penting tak ada lar saya rasa mati kebosanan. Jam 10am hingga 3pm saya digelar sebagai akak wafle. Jam 5pm hingga 7.30 pm pula digelar sebagai akak burger. Hehehe. Apapun, sedikit sebanyak saya diberi pengalaman dalam perniagaan.



p/s:- Baru habis midsem untuk subjek Mathematics. Soalan macam biasa. Pasti susah. Tapi insyaAllah. Saya pasti mendapat markah yang lebih baik dari sem lepas.

Tuesday, December 8, 2009

Kalau Dah Jodoh

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum buat semua pembaca yang budiman.

"Kalau dah jodoh tak ke mana punya"
Saya selalu dengar ayat ini kat rumah, asrama, 'shopping complex'. Jika anda dengar ayat ini, apa yang sering anda fikirkan? Pasti anda fikirkan tentang sepasang kekasih yang akan berpisah kerana sebab tertentu misalnya belajar di tempat yang jauh. Pasti rakan-rakan ataupun ibubapa menasihati mereka.
"Tak perlu nak bersedih. Kalau dah jodoh tak ke mana punya." hehehe.....
Apa yang nak saya ceritakan di sini ialah, ayat ini saya gunakan bukannlah untuk pasangan saya, tapi untuk sahabat saya yang sering bersama sejak saya masuk di 'Centre For Foundation Studies, International Islamic University Malaysia' (CFS IIUM).

Nak dijadikan cerita, semasa saya mendaftar di cfs iium, secara kebetulan saya dapat sama bilik dengan seorang rakan saya ini yang diberi nama Nor Safura bt Abdul Hamid. Mesra panggilnya dengan Uya sahaja. Janggal gak sebut nama Uya tu, tapi bila dah lama-lama biasa pulak. Masa mula-mula kenal, kita orang memang tak rapat langsung. Apa ntah lagi nak makan bersama atau keluar bersama. Kalau dia nak keluar berjalan ke, dia tak pergi kelas ke, dia nak balik ke, peduli apa semua tu. Saya dengan kawan saya, dia dengan kawan dia. Yang peliknya, bila setiap kali kelas, pasti kita orang dalam satu group yang sama.

"Baguslah ada budak bilik satu kelas. Senang sikit kalau apa-apa hal."
Tetapi, ayat ni dah tak ada dalam fikiran saya. Saya nak satu kelas dengan dia sebab saya dah rasa ukhuwwah berkawan dengan dia.

Kalau anda ada baca post saya sebelum ini, saya tidak lepas ke Gombak kan. Begitu juga dengan sahabat saya yang seorang ini. Kami sentiasa sama sahaja. Pindah bilik pun sama. Jadi sekarang ni, balik ke rumah atau datang balik ke uia pun sama-sama. Rumah kami pun dekat. Saya Seremban Jaya dia pulak Taman Pinggiran Senawang. Kalau dia atau saya nak keluar mana-mana pasti ada antara kami yang bertanya:-
"Nak pergi mana?? dah makan ke belum?? Jom keluar pergi ....... bla-bla... Jom makan yana... Hari ni kita nak makan apa ye?? Hari ni kita nak keluar gi mane ha?? "
hehehe.. Bak kata mak saya,
"kalau dah jodoh nak wat macam mana. Yang penting jangan sampai kongsi suami sudah lah"..


Mungkin ada hikmahnya disebalik semua kejadian. Mungkin ada sebabnya takdir kami sentiasa bersama. Uya tidak tahu saya post blog tentang dia sebab dia tak ada blog dan tak minat baca blog.
"Uya, kalau kau ada baca, jangan lar terasa pulak yer. hehe.. Diam-diam sudah,"

p/s : Doakan kami berjaya.

Saturday, December 5, 2009

Club Blog-Blog Bicara Sempoi

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum kepada anda semua

Tanggal 16 November 2009, saya mendapat ayat "Popularkan Blog Anda Join Bersama Kami" daripada Club Blog-Blog Bicara Sempoi di papan 'chatbox' saya. Saya terasa dihargai apabila mendapat pesanan seperti ini. Hasrat dihati dah lama ingin menyertai 'club' ini tetapi masa tidak mengizinkan saya untuk menyertainya. Tidak seperti hari ini, Allah telah mengizinkan saya untuk saya meluangkan sedikit waktu menyertai 'club' ini.

Antara sebab-sebab saya menyertai Club Blog-Blog Bicara Sempoi ini ialah :-

  • Dapat mengenali lebih ramai 'blogger' yang terdapat di Malaysia.
  • Dapat berkongsi cerita bersama-sama 'blogger' yang lain.
  • Dapat peroleh pelbagai genre blog yang mungkin menjadi inspirasi untuk meneruskan blog
  • Dapat popularkan blog saya ini kat satu Malaysia.


CLUB BLOG BICARA SEMPOI

MALAYSIA MEMBER CLUB


Anda juga boleh menyertai Club ini dengan klik logo Club ini dan ikut langkah-langkah yang diberi. Seberapa minit kemudian blog anda dikenali ramai disamping dapat mengenali rakan-rakan 'blogger' yang lain.

Terima kasih kepada Club Blog-Blog Bicara Sempoi.

Saturday, November 28, 2009

Pasrah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum buat semua sahabat yang setia mengikuti blog saya.

Sudah sebulan saya meninggalkan blog saya terbiar begitu sahaja. Namun, dengan semangat yang mendalam untuk meneruskan blog saya yang berhabuk ini, saya teruskan juga untuk "update" blog ini. Post kali ini juga mengumumkan keputusan peperiksaan semula saya yang dinanti-nanti oleh semua rakan-rakan.

Senyum Penawar kedukaan


Keputusan peperiksaan semula tidak melepaskan saya untuk ke Gombak. Saya rindu kawan-kawan satu kelas dengan saya, saya rindu kawan-kawan yang akan ke Gombak pada 2 desember ini.. Saya hanya mampu mengucapkan selamat jalan kepada mereka. Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang banyak memberi sokongan kepada saya. Sudah tercatat dalam diari hidup saya yang saya tidak dapat bersama-sama kawan-kawan seperjuangan saya. Saya juga memohon maaf kepada semua rakan-rakan kerana tidak dapat buat yang terbaik untuk bersama-sama ngan korang.

Masa begitu banyak untuk saya pada sem ini di Nilai. Bayangkan saya cuma ada satu subjek dalam 1 sem. Kelas saya hanya pada hari Isnin dan Rabu. 1 minggu hanya 2 hari kelas. 1 hari hanya 2 jam tempoh pembelajaran. Namun saya amat bersyukur juga kerana saya masih diberi biasiswa. Saya akan gunakan 1 sem saya ini dengan sebaik-baiknya untuk mendapatkan 4 flat dalam mata pelajaran "mathematics".

"Its posssible 4 u 2 get A in Mathematics. Dont be careless my dear.. I know u can do it. I'll teach u until u can make it easy. "
Saya amat berkeyakinan dengan ayat pensyarah saya ini.

Juz wait 4 me my frens. I'll prove it=)

Thursday, October 22, 2009

Impian Tak Tercapai

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Assaalamualaikum,

Alhamdulillah. Dengan limpah kurnianya dapat saya menguatkan semangat saya untuk menambah 'post' dalam blog bestthriller ini setelah mendapat satu tamparan hebat daripada 'Centre For Foundation Studies International Islamic University Malaysia Nilai (CFS IIUM)'. Inilah balasan bagi seorang pelajar yang hanya belajar untuk peperiksaan.

Keputusan peperiksaan akhir telah diumumkan. Alhamdulillah, semua rakan-rakan saya yang akan pergi ke 'main campus' di Gombak berjaya dengan kelulusan dan kecemerlangannya. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang masih lagi di Nilai turut berjaya dengan rasminya.

"Lyana, keputusan dah keluar. Tengok lar result awak," beritahu Syakila dalam 'facebook'. Begitu juga dengan Syikin yang tidak sabar mengetahui keputusan saya di 'Yahoo Messenger'.


Apabila selesai saya semak,

"Aku tak lepas lar Syikin," jawab saya ringkas kepada Syikin.
Agak lama juga saya membiarkan rakan baik saya ini tertanya-tanya. Itu disebabkan keputusan tu tidak memuaskan dan amat memalukan saya. Sykin meneruskan dengan kata-kata nasihatnya.



Bukan bermaksud saya nak bagi tahu satu dunia yang saya gagal subjek matematik. Tapi, bila saya tulis kat laman blog saya, saya rasa saya dapat kuatkan semangat saya. Salah saya juga. Belajar sebab nak lulus dalam peperiksaan. Inilah akibatnya. Saya suka subjek akaun tapi saya tak boleh bawak matematik. Memang dari bangku sekolah lagi. Walaupun saya tak boleh bawak subjek ni, tapi saya kena belajar juga sampai saya boleh bawak sebab minat saya yang mendalam dalam perakaunan. Subjek matematik ialah subjek yang perlu saya beri perhatian.

Walaupun saya tertekan, tapi Alhamdulillah, saya semakin tenang apabila saya mengadu kepada Yang Maha Kuasa Allah swt, keluarga saya, dan rakan-rakan saya (Syikin, Nora, Izzah Dalilah, Faten, Uya, Bell, Syafiqah, Syazwan dan ramai lagi). Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang telah memberi semangat dan nasihat yang teramat memberi kesan kepada saya. Mula-mula saya malu sangat. Saya rasa macam saya nak berhenti belajar. Tapi, saya silap. Malu saya itu adalah sia-sia sahaja.
"Bersyukurlah dengan apa yang kau peroleh selama ini. Bukan kau sorang jer. Ramai lagi. Ada yangkena repeat semua subjek lagi. Ingatlah segala apa yang kau lakukan selama kau hidup ni. Mungkin ada salah dan silap yang kau lakukan yang kau tak sedar."

"Kegagalan bukan lar menunjukkan kelemahan. Kegagalan penyeru semangat kepada kejayaan. Gagal Sekali tak bermakna gagal untuk selama-lamanya. Mungkin ada hikmah disebalik sesuatu kejadian. Kuatkan semangat. Teruskan Perjuangan."


Semua nasihat yang diberi akan saya abadikan dalam diari hidup saya.

Sekian, Terima Kasih.
p/s: Doakan kejayaan saya untuk peperiksaan semula bulan november ini.

Tuesday, October 20, 2009

Cinta Monyet

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum

Hampir sebulan saya meninggalkan blog ini terbiar begitu sahaja. Maklumlah, raya keempat saya dah balik uia. Ada exam. Alhamdulillah, tamatlah sudah peperiksaan akhir cfs iium sem1 09/10. Cuti pula menyusul. Tapi tak ada lar lama sangat. Jadi, saya banyak habiskan masa dengan keluarga.

Sepanjang cuti, saya telah banyak menghadiri rumah terbuka. Dalam banyak-banyak rumah terbuka, saya tidak akan lupa pengalaman saya di sebuah rumah terbuka ini. Masa tu saya keluar sebentar dari rumah tu untuk beli barang2 masakan bersama-sama adik saya. Tiba-tiba saya terdengar suara gelak ketawa sepasang kekasih. Hmm... yang saya geramnya betul-betul depan kereta kami. (waktu malam bawah pokok). Boleh buat tak tau jer kita orang ade kat situ. Dalam hati saya berfikir,
"Kenapalah diorang wat macam ni. Ntah confirm ke tidak diorang akan kahwin"




Dalam pada itu, saya teringat kisah seorang rakan saya. Mereka bercinta bagai nak rak sejak sekolah lagi. Akhirnya putus kat tengah-tengah jalan. Rupa-rupanya hanya perempuan tu sahaja yang bertepuk sebelah tangan. Kesian dia. Terseksa hati tu, tuan empunya badan tu jer lar yang tau. Lelaki tu buat macam tak ada ape-ape pun yang berlaku. Inilah dia cinta monyet. Banyak lagi kisah yang saya dengar. Kisah-kisah ini juga mengingatkan saya supaya janganlar jatuh cinta terutama time belajar ni. Hanya Allah yang tahu jodoh pertemuan kita. Biar lar takdir yang menentukan segala-galanya. Bukan nak kata saya ni baik sangat. Mase skul dulu biasa lar, cinta monyet memang ada. Kelakar pun ada. Tapi pengalaman dan cerita-cerita yang saya dengar itulah yang banyak memberi pengajaran kepada saya.

Kepada kawan-kawan semua. Marilah kita sama-sama mencapai kejayaan dan mengejar cita-cita kita. Lepastu barulah kita mencari cinta. Apa yang penting sekarang ni kuatkan dulu cinta kita kepada ILLAHI. InsyaAllah, kita akan dapat cinta yang sejati.


Inspired by Syazwan Alias

Friday, September 18, 2009

Salam Aidilfitri!!!!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum..

uhhhh!!! Lagi 1 hari jer nak puase.. sedih lar tinggalkan bulan ramadhan.. satu-satunya bulan yang beri banyak keinsafan kepada semua umat Islam. Satu bulan yang penuh berkat dan memerlukan banyak kesabaran. Pelbagai cabaran dan rintangan harus ditempuh. Andai kita berjaya menempuhnya dengan penuh kesabaran dan penuh ketakwaan, alangkah melimpah ruahnya ganjaran yang kita peroleh. Berlipat gandalah pahala yang diberi kepada kita.



Tanggal 1 syawal, berkhirlah bulan ramadhan yang penuh barakah ini. Umat Islam bergembira menyambut kedatangan Aidilfitri. Syaitan juga tidak kurang bergembira kerana dibebaskan dari ikatan. Aduh!!! Takutnya saya nak menghadapi semua ini.
Syaitan telah kembali untuk menggoda. Adakah saya dapat melawan godaan mereka ini??

Teringat kata-kata cikgu saya semasa di sekolah dulu
Setkan dalam minda kita kalau tak nak kena goda.Jika kuat hubungan kita dengan Allah, jika hubungan dengan manusia pun kita jaga, InsyaAllah, kita tak akan tergoda dengan syaitan durjana tu.

Align Left


Dikesempatan ini, ingin saya memohon ampun dan maaf seaandainya terdapat salah dan silap atau terkasar bahasa kepada rakan-rakan yang mengenali diri saya. Tak kiralah rakan sekolah ke, rakan universiti ke, rakan internet ke, mintak maaf lar banyak-banyak ye. Sesungguhnya, saya hanyalah insan biasa yang mudah untuk melakukan kesilapan. Saya juga ingin mengucapakan berbanyak terima kasih kepada semua sahabat di atas persahabatan yang tidak pernah putus.