Wednesday, November 24, 2010

Bosan Berblog????

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Assalmualaikum..

Hati terasa bagai nak delete je blog nie.. Bosan.. Tak tau nak cakap apa dengan blog nie.. Bila nak karang ayat kena cakap sopan2.. Tak sopan kang ada orang yang terasa hati... Stengah kawan suh ak(maaf!! nak tukar kata ganti diri) update blog...
" yana!!!!!!!!! Update Blog!!!!!!!! Asal ko senyap jer????"

"Uhhh!! Ak x de idea lar.. x ade mase... dh berkurun dh ak x update!!!"

"Blog nie x de lar ko kena update selalu.. at least citer jer lar ape2 pun... X ksah r panjang ke pendek ke, yg penting tulis jer... ak ni slalu tgok blog ko.. dulu ko ska update.. skrg nie ak pun jd putus asa nk tgok blog ko"

"Ok lar.. thanks... t ak update.. sabar je k..."
Thanks kat sume kawan2 yang still singgah blog yang usang nie... Thanks pada kawan yang brani ingtkan ak...

p/s :- Dikesempatan ni, ak nak ucapkan selamat pengantin baru pada abg sepupuku yang baru diijabkabulkan. Semoga berkekalan hingga hujung nyawa. Amin...

Wednesday, November 3, 2010

Thanks Siska

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum buat semua sahabat..

Hati terasa amat gembira bila saya dianugerah Anugerah Blogger Harapan daripada cik siska. Tak tau lah macam mane leh dpat coz dah lar jarang update blog sekarang nie.. Asyik bz jer.. kalau online pun sekejap-sekejap jer... Tak berterusan lar... Maybe blogger harapan 2 coz cik siska mengaharapkan saya supaya selalu 'update' blog.. Terima kasih cik siska keranan mengingatkan saya. Ataupun mungkin saya dapat angerah ni kerana saya merupakan kawan baek cik siska.. hehe...

Apapun, thanks siska.. Dan saya ingin menghentikan anugerah ini. Hehehe...

Monday, August 30, 2010

Waffle Panas

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Assalamualaikum buat semua sahabat...


gambar sekadar hiasan


Jangan terkejut kalau saya kata saya nak buka kedai waffle kat UIA Gombak nie..

Dalam cadangan untuk membuka kedai ni lepas raya. InsyaAllah kalau semua masalah settle.
Impian saya dari dulu lagi sampai terbantut lar nak buka kedai nie. Terima kasih kepada Jel sebab kawan saya yang sorang ni lar dah kenalkan saya pada seorang sahabat yang betul2 minat dalam bidang ni untuk dijadikan sebagai bisnes partner saya. Nama panggilan dia Sha. Sha ni memang betul2 semangat nak buka bisnes nie. Dia lar yang dapatkan loan daripada UIA. Saya betul2 hargai usaha Sha nie. Saya nie asyik lar sibuk dengan kulliyyah. Huhuhu..

Pihak family pun sokong dari belakang. Bukan ape, kekadang takut bile pikir 2 kali. Takut tak dapat untungnya. Perkara lain yang saya takutkan jugak ialah takut tak boleh buat dua kerja dalam 1 masa. Contohnya belajar sambil berniaga. Nanti jadi 'Yang dikejar Tak Dapat, Yang Dikendong Berciciran'. InsyaAllah. Doakan saya berjaya k buka bisnes nie.

Tuesday, August 10, 2010

LoVe UIA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum buat semua rakan yang tidak pernah melupakanku..

Alhamdulillah, dengan rahmat kurniaanNya, dapat juga saya menyambung penulisan saya dalam blog yang teramat bersawang ini.

Bukan sengaja x nak update tapi masa tidak mengizinkan saya untuk menaip serba sedikit tentang kehidupan baru saya di UIA Gombak menyambung pelajaran peringkat ijazah sarjana muda fakulti ekonomi dan sains pengurusan insyaAllah dalam bidang perakaunan. Kenapa masih insyaAllah??? Sebabnya saya tak dapat pengkhususan lagi. Fakulti ekonomi dan sains pengurusan terdiri daripada empat bidang pengkhususan.

1. Bachelor Of Accounting
2. Bachelor of Economics
3. Bachelor Of Business Administration

Lama betul nak dapat pengkhususan kat UIA nie. Tapi ada sebabnye UIA buat mcm ni (Back to Basic) supaya pelajar tidak terkial-kial bila dah dapat pengkhususan nanti.

Persatuan


PKPIM
Bab persatuan pulak, saya bertekad nak masuk PKPIM dari dulu. Sebab lepas skul dulu, saya ada menyertai program PKPIM tapi bile dah masuk matrik, langsung lost contact dengan PKPIM. Alhamdulillah, sekarang nie jumpa balik senior PKPIM kat Gombak.

STEADFAST
Steadfast ni pulak singkatan daripada perkataan 'Student Facilitator Team'. Masuk steadfast ni macam-macam cabaran. Mula-mula ada interview. Ramai gile orang datang interview. Beratus kot. Alhamdulillah saya dipilih lepas interview. Seramai 88 orang dipilih. Selepas interview, ada 3 cabaran lagi perlu ditempuh. Setakat ni saya baru lepas 2 cabaran. Cabaran ke3 belum lagi. Lepas cabaran ke3, barulah diberitau siapa yang betul-betul layak untuk menjadi ahli STEADFAST. Bawah ni antara gambar-gambar time cabaran STEADFAST. Sangat best. Hilang segala masalah yang ada kat kepala masa tu.

explorace time


module time

Family
Duduk kat Gombak ni rindu sangat100x kat family. Tak pernah rasa rindu macam nie. Tak pernah rasa x sabar-sabar nak balik sebelum nie. Sejak masuk UIA Gombak belum pernah balik lagi. Salah satu sebabnya tak ada duit n hari Sabtu ada kelas. Puasa nie sedaya upaya nak balik jugak. Ada lar jugak sekali weekend family saya datang. Terubat lar sikit rindu.




Even rindu gile kat family, saya sayang gile kat UIA.

Thanks sebab baca blog saya kali ini even dah lama saya tak update.

Monday, May 10, 2010

Pengalaman Seorang Cashier

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum buat semua sahabat yang tak pernah lupa mengunjungi blog saya..

Alhamdulillah, dengan limpah kurnianya, dapat juga saya menulis blog setelah sekian lama tak 'update'.

Pada bulan april lepas, saya tidak akan lupa pengalaman saya menjadi seorang cashier di sebuah pasaraya tempatan ECONSAVE cawangan FOREST HEIGHT. Impian saya nak beli basikal baru. hehehe.. Pelbagai ragam manusia saya perhati. ragam saya lagi lar. Pasti kelakar bile orang melihat ragam saya 'scan' barang.

Tempat saya bekerja

Saya selalu menyusahkan orang apabila saya membuat kesilapan. 'Double Scan' lah. 'Triple Scan ' lah. Salah hafal code pun ada. Kod untuk kuew teow saya tekan kod untuk ape ntah. yang penting harga kuew teow tu beratus. Semua kesilapan tu membuatkan saya selalu dimarahi 'customer'. Adat lar. Budak baru belajar. Ada lar kesilapannya.

Dalam beberapa minggu bekerja, Alhamdulillah, semua kesilapan tu makin hari makin kurang. Kwan pun makin lama makin ramai. Makin yang mendekati saya jika nak dibandingkan dengan hari-hari yang sebelumnya. Bila dah mahir, hari-hari lar kena buat OT (pagi sampai malam). Makin hari juga saya mempunyai pelanggan tetap yang bayar dikaunter saya. Hehe.

Namun, nasib tidak menyebelahi saya. Saya diserang 'asthma' pula ketika waktu saya bekerja. Saya tidak mampu bangun satu hari selepas saya mengambil 'nebulizer' iaitu hari saya mc. Pada hari itu, hari tidak sampai setengah bula saya bekerja, 'parents' saya nekad suruh saya berhenti. Mungkin bukan rezeki saya disini.

Rehat lar saya di rumah sementara menunggu kemasukan di UIA. Alhamdulillah dapat juga saya tawaran sambung belajar 'bachelor' kat Gombak. Bulan 7 nie masuklar. Doakan kejayaan saya ok. Pada semua kawan-kawan yang sedang bercuti, jom lar keluar hangout. Rindu kat korang semua.

Wassalam

Saturday, April 10, 2010

Kalau Dah Mabuk SMS

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum buat semua pembaca setia..

Kali ini, ingin saya berkongsi dengan anda sebuah kisah benar mengenai seorang pelajar bernama Levitz. Beliau terpaksa dibedah kerana kedua-dua tangannya tidak dapat berfungsi. Hal ini diesedari apabila tangannya berasa kebas kemudian beliau mencuba untuk mengangkat pinggan tetapi ia jatuh. Masalah ini terjadi disebabkan Levitz terlampau asyik bersms sehingga mencecah 100 sehari.




Doktor Levitz menyatakan bahawa Levitz mengalami sindrom 'carpal tunnel'. Sindrom ini sering terjadi apabila menggunakan komputer dengan kerap.

Jadi, diingatkan kepada semua sahabat termasuk saya sendiri, tidak perlu untuk bersms sehingga seratus kali sehari.. cukuplah sekadar berbalas pertanyaan pemberi sms dan memberi sms perkara-perkara yang penting sahaja. Begitu juga dengan penggunaan komputer yang kerap. Kalau tidak hari ini kita kena, takut hari tua nanti pula kita kena sindrom ni. Aduh!! Takutnya saya.

Maklumat ini diambil daripada email seronok - faiza318@gmail.com. Terima kasih kepada pemberi maklumat yang banyak memberi kesedaran tentang bahaya sms.

Wednesday, March 17, 2010

Jom Buat Muffin

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum buat semua pembaca yang budiman...

Hari ni saya nak kongsi dengan anda semua tentang cara-cara nak buat Muffin.. Mudah dan senang untuk dibuat.

Gambar sekadar hisasan

Antara bahan-bahannya ialah :-
  • 3 cawan tepung yang telah siap diayak bersama 2 sudu 'baking powder'
  • 2 cawan Coklat masakan (dicairkan bersama dengan minyak jagung)
  • 2 sudu Ovelette
  • 8 biji telur
  • 3 cawan minyak jagung
Cara-caranya ialah :-
  • Pukul Telur hingga sebati. Masukkan Ovelette.
  • Seterusnya masukkan tepung ke dalam telur tersebut. Pukul lagi sehingga rata.
  • Kemudian, masukkan coklat dan minyak jagung. Pukul lagi sehingga rata.
  • Letakkan adunan dalam acuan.
  • Kukus sehingga masak.
Senang bukan untuk menyediakannya. Mudah dan sangat sedap. Selamat mencuba yer.

Saya sedia menerima tempahan di sekitar Negeri Sembilan.

p/s :- Alhamdulillah. Result untuk mathematics memberangsangkan. Daripada failed dapat lah B+. Susah untuk menanamkan minat yang mendalam. Akhrinya boleh juga.