Saturday, December 5, 2009

Club Blog-Blog Bicara Sempoi

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum kepada anda semua

Tanggal 16 November 2009, saya mendapat ayat "Popularkan Blog Anda Join Bersama Kami" daripada Club Blog-Blog Bicara Sempoi di papan 'chatbox' saya. Saya terasa dihargai apabila mendapat pesanan seperti ini. Hasrat dihati dah lama ingin menyertai 'club' ini tetapi masa tidak mengizinkan saya untuk menyertainya. Tidak seperti hari ini, Allah telah mengizinkan saya untuk saya meluangkan sedikit waktu menyertai 'club' ini.

Antara sebab-sebab saya menyertai Club Blog-Blog Bicara Sempoi ini ialah :-

  • Dapat mengenali lebih ramai 'blogger' yang terdapat di Malaysia.
  • Dapat berkongsi cerita bersama-sama 'blogger' yang lain.
  • Dapat peroleh pelbagai genre blog yang mungkin menjadi inspirasi untuk meneruskan blog
  • Dapat popularkan blog saya ini kat satu Malaysia.


CLUB BLOG BICARA SEMPOI

MALAYSIA MEMBER CLUB


Anda juga boleh menyertai Club ini dengan klik logo Club ini dan ikut langkah-langkah yang diberi. Seberapa minit kemudian blog anda dikenali ramai disamping dapat mengenali rakan-rakan 'blogger' yang lain.

Terima kasih kepada Club Blog-Blog Bicara Sempoi.

Saturday, November 28, 2009

Pasrah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum buat semua sahabat yang setia mengikuti blog saya.

Sudah sebulan saya meninggalkan blog saya terbiar begitu sahaja. Namun, dengan semangat yang mendalam untuk meneruskan blog saya yang berhabuk ini, saya teruskan juga untuk "update" blog ini. Post kali ini juga mengumumkan keputusan peperiksaan semula saya yang dinanti-nanti oleh semua rakan-rakan.

Senyum Penawar kedukaan


Keputusan peperiksaan semula tidak melepaskan saya untuk ke Gombak. Saya rindu kawan-kawan satu kelas dengan saya, saya rindu kawan-kawan yang akan ke Gombak pada 2 desember ini.. Saya hanya mampu mengucapkan selamat jalan kepada mereka. Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang banyak memberi sokongan kepada saya. Sudah tercatat dalam diari hidup saya yang saya tidak dapat bersama-sama kawan-kawan seperjuangan saya. Saya juga memohon maaf kepada semua rakan-rakan kerana tidak dapat buat yang terbaik untuk bersama-sama ngan korang.

Masa begitu banyak untuk saya pada sem ini di Nilai. Bayangkan saya cuma ada satu subjek dalam 1 sem. Kelas saya hanya pada hari Isnin dan Rabu. 1 minggu hanya 2 hari kelas. 1 hari hanya 2 jam tempoh pembelajaran. Namun saya amat bersyukur juga kerana saya masih diberi biasiswa. Saya akan gunakan 1 sem saya ini dengan sebaik-baiknya untuk mendapatkan 4 flat dalam mata pelajaran "mathematics".

"Its posssible 4 u 2 get A in Mathematics. Dont be careless my dear.. I know u can do it. I'll teach u until u can make it easy. "
Saya amat berkeyakinan dengan ayat pensyarah saya ini.

Juz wait 4 me my frens. I'll prove it=)

Thursday, October 22, 2009

Impian Tak Tercapai

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Assaalamualaikum,

Alhamdulillah. Dengan limpah kurnianya dapat saya menguatkan semangat saya untuk menambah 'post' dalam blog bestthriller ini setelah mendapat satu tamparan hebat daripada 'Centre For Foundation Studies International Islamic University Malaysia Nilai (CFS IIUM)'. Inilah balasan bagi seorang pelajar yang hanya belajar untuk peperiksaan.

Keputusan peperiksaan akhir telah diumumkan. Alhamdulillah, semua rakan-rakan saya yang akan pergi ke 'main campus' di Gombak berjaya dengan kelulusan dan kecemerlangannya. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang masih lagi di Nilai turut berjaya dengan rasminya.

"Lyana, keputusan dah keluar. Tengok lar result awak," beritahu Syakila dalam 'facebook'. Begitu juga dengan Syikin yang tidak sabar mengetahui keputusan saya di 'Yahoo Messenger'.


Apabila selesai saya semak,

"Aku tak lepas lar Syikin," jawab saya ringkas kepada Syikin.
Agak lama juga saya membiarkan rakan baik saya ini tertanya-tanya. Itu disebabkan keputusan tu tidak memuaskan dan amat memalukan saya. Sykin meneruskan dengan kata-kata nasihatnya.



Bukan bermaksud saya nak bagi tahu satu dunia yang saya gagal subjek matematik. Tapi, bila saya tulis kat laman blog saya, saya rasa saya dapat kuatkan semangat saya. Salah saya juga. Belajar sebab nak lulus dalam peperiksaan. Inilah akibatnya. Saya suka subjek akaun tapi saya tak boleh bawak matematik. Memang dari bangku sekolah lagi. Walaupun saya tak boleh bawak subjek ni, tapi saya kena belajar juga sampai saya boleh bawak sebab minat saya yang mendalam dalam perakaunan. Subjek matematik ialah subjek yang perlu saya beri perhatian.

Walaupun saya tertekan, tapi Alhamdulillah, saya semakin tenang apabila saya mengadu kepada Yang Maha Kuasa Allah swt, keluarga saya, dan rakan-rakan saya (Syikin, Nora, Izzah Dalilah, Faten, Uya, Bell, Syafiqah, Syazwan dan ramai lagi). Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang telah memberi semangat dan nasihat yang teramat memberi kesan kepada saya. Mula-mula saya malu sangat. Saya rasa macam saya nak berhenti belajar. Tapi, saya silap. Malu saya itu adalah sia-sia sahaja.
"Bersyukurlah dengan apa yang kau peroleh selama ini. Bukan kau sorang jer. Ramai lagi. Ada yangkena repeat semua subjek lagi. Ingatlah segala apa yang kau lakukan selama kau hidup ni. Mungkin ada salah dan silap yang kau lakukan yang kau tak sedar."

"Kegagalan bukan lar menunjukkan kelemahan. Kegagalan penyeru semangat kepada kejayaan. Gagal Sekali tak bermakna gagal untuk selama-lamanya. Mungkin ada hikmah disebalik sesuatu kejadian. Kuatkan semangat. Teruskan Perjuangan."


Semua nasihat yang diberi akan saya abadikan dalam diari hidup saya.

Sekian, Terima Kasih.
p/s: Doakan kejayaan saya untuk peperiksaan semula bulan november ini.

Tuesday, October 20, 2009

Cinta Monyet

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum

Hampir sebulan saya meninggalkan blog ini terbiar begitu sahaja. Maklumlah, raya keempat saya dah balik uia. Ada exam. Alhamdulillah, tamatlah sudah peperiksaan akhir cfs iium sem1 09/10. Cuti pula menyusul. Tapi tak ada lar lama sangat. Jadi, saya banyak habiskan masa dengan keluarga.

Sepanjang cuti, saya telah banyak menghadiri rumah terbuka. Dalam banyak-banyak rumah terbuka, saya tidak akan lupa pengalaman saya di sebuah rumah terbuka ini. Masa tu saya keluar sebentar dari rumah tu untuk beli barang2 masakan bersama-sama adik saya. Tiba-tiba saya terdengar suara gelak ketawa sepasang kekasih. Hmm... yang saya geramnya betul-betul depan kereta kami. (waktu malam bawah pokok). Boleh buat tak tau jer kita orang ade kat situ. Dalam hati saya berfikir,
"Kenapalah diorang wat macam ni. Ntah confirm ke tidak diorang akan kahwin"




Dalam pada itu, saya teringat kisah seorang rakan saya. Mereka bercinta bagai nak rak sejak sekolah lagi. Akhirnya putus kat tengah-tengah jalan. Rupa-rupanya hanya perempuan tu sahaja yang bertepuk sebelah tangan. Kesian dia. Terseksa hati tu, tuan empunya badan tu jer lar yang tau. Lelaki tu buat macam tak ada ape-ape pun yang berlaku. Inilah dia cinta monyet. Banyak lagi kisah yang saya dengar. Kisah-kisah ini juga mengingatkan saya supaya janganlar jatuh cinta terutama time belajar ni. Hanya Allah yang tahu jodoh pertemuan kita. Biar lar takdir yang menentukan segala-galanya. Bukan nak kata saya ni baik sangat. Mase skul dulu biasa lar, cinta monyet memang ada. Kelakar pun ada. Tapi pengalaman dan cerita-cerita yang saya dengar itulah yang banyak memberi pengajaran kepada saya.

Kepada kawan-kawan semua. Marilah kita sama-sama mencapai kejayaan dan mengejar cita-cita kita. Lepastu barulah kita mencari cinta. Apa yang penting sekarang ni kuatkan dulu cinta kita kepada ILLAHI. InsyaAllah, kita akan dapat cinta yang sejati.


Inspired by Syazwan Alias

Friday, September 18, 2009

Salam Aidilfitri!!!!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum..

uhhhh!!! Lagi 1 hari jer nak puase.. sedih lar tinggalkan bulan ramadhan.. satu-satunya bulan yang beri banyak keinsafan kepada semua umat Islam. Satu bulan yang penuh berkat dan memerlukan banyak kesabaran. Pelbagai cabaran dan rintangan harus ditempuh. Andai kita berjaya menempuhnya dengan penuh kesabaran dan penuh ketakwaan, alangkah melimpah ruahnya ganjaran yang kita peroleh. Berlipat gandalah pahala yang diberi kepada kita.



Tanggal 1 syawal, berkhirlah bulan ramadhan yang penuh barakah ini. Umat Islam bergembira menyambut kedatangan Aidilfitri. Syaitan juga tidak kurang bergembira kerana dibebaskan dari ikatan. Aduh!!! Takutnya saya nak menghadapi semua ini.
Syaitan telah kembali untuk menggoda. Adakah saya dapat melawan godaan mereka ini??

Teringat kata-kata cikgu saya semasa di sekolah dulu
Setkan dalam minda kita kalau tak nak kena goda.Jika kuat hubungan kita dengan Allah, jika hubungan dengan manusia pun kita jaga, InsyaAllah, kita tak akan tergoda dengan syaitan durjana tu.

Align Left


Dikesempatan ini, ingin saya memohon ampun dan maaf seaandainya terdapat salah dan silap atau terkasar bahasa kepada rakan-rakan yang mengenali diri saya. Tak kiralah rakan sekolah ke, rakan universiti ke, rakan internet ke, mintak maaf lar banyak-banyak ye. Sesungguhnya, saya hanyalah insan biasa yang mudah untuk melakukan kesilapan. Saya juga ingin mengucapakan berbanyak terima kasih kepada semua sahabat di atas persahabatan yang tidak pernah putus.



Friday, September 4, 2009

Nak Gugurkan ke Tak????

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum..

Tertarik saya dengan satu artikel yang baru saya dapat daripada sepupu saya. Ia menceritakan tentang proses pengguguran dilakukan. Teringat saya pada satu cerita dalam sebuah drama yang mana seorang gadis mengandung tanpa nikah. Pasangannya langsung tidak mahu bertanggungjawab atas kelahiran tersebut. Hal ini menyebabkan gadis tersebut tertanya-tanya sama ada mahu menggugurkannya atau tidak. Akhirnya gadis tersebut mengambil keputusan untuk melahirkan anak tersebut. Saya tertanya, tak malukah nanti dengan orang sekelilingya??
Pertanyaan saya terjawab dengan membaca artikel itu.

Proses pengguguran yang sengaja adalah satu proses yang amat kejam.
Apabila proses pengguran tersebut dilakukan ketika usia bayi tersebut baru sahaja dibawah 1 bulan dalam kandungan, proses tersebut dilakukan dengan alat penghisap yang dikenali "suction". Bayi tersebut akan terhisap dan hancur. Apabila dikeluarkan, kelihatan darah yang bergumpalan dari janin yang baru dibunuh.

Selain itu, apabila proses pengguguran tersebut dilakukan pada usia 1 hingga 3 bulan, ketika bahagian-bahagian tubuhnya mulai terbentuk, ia dilakukan dengan cara menusuk dan bahagian-bahagian tubuhnya dipotong dengan menggunakan alat yang dikenali sebagai "cunam abortus". Alat ini menyebabkan pinggang, bahu atau leher melambung. Tubuh bayi tersebut diremukkan sehingga menjadi bahagian-bahagian kecil yang kecil.

Apabila proses tersebut dilakukan semasa bayi dalam kandungan tersebut berusia 3 hingga 6 bulan, pada ketika bahagian-bahagian tubuhnya sudah kelihtan, jantung sudah berdegup dan tangannya sudah mampu untuk menggenggam, proses pembunuhan itu dilakukan dengan suntikan maut yang dikenali sebagai "saline". Cairan ini akan menyebabkan kulit bayi terbakar secara perlahan sehinggalah pernafasannya menjadi sesak dan akhirnya bayi itu meninggal setelah berjam-jam ia menderita. Bayangkan ketika itu bayi tersebut dapat merasai penderitaannya kerana ketika usia ini, bayi tersebut sudah dapat merasakan sakit.
Hmm.. pembunuhan yang paling mudah untuk dilakukan ialah ketika bayi tersebut sudah mencecah 6 hingga 9 bulan dalam kandungan. Prosesnya ialah dengan melakukan secara rahsia membuang bayi tersebut di dalam tong sampah atau dihanyutkan ke dalam sungai atau ditanam secara hidup. YaAllah, ketika ini bayi tersebut sudah mampu untuk melihat dunia, mendengar dan merasa kesemua deria yang diciptakan Allah untuknya.

Barulah pertanyaan saya terjawab. Terima kasih kepada orang yang memberi maklumat ini. Barulah saya tahu kenapa gadis tersebut tidak mahu menggugurkan anaknya. Alangkah kejamnya seorang ibu jika melakukan pembunuhan itu. Kepada gadis-gadis diluar sana, marilah sama-sama kita menjaga harga diri kita sebagai seorang wanita. Jika kita tidak mahu malu dan kita tidak mahu perkara ini berlaku ke atas diri kita, jauhilah perkara-perkara terkutuk itu. Sesungguhnya kita saling ingat-mengingati. Kepada pemuda-pemuda di luar sana, kuatkanlah hati anda dengan segala dugaan yang anda terima. Sesungguhnya, Allah sangat sayang kepada orang yang dapat melawan nafsunya.

"Jika kita mencintai seseorang, cintailah pada Pencipta kita dahulu. Sesungguhnya Dia telah memberi segala macam kebaikan kepada kita. InsyaAllah hati kita akan sentiasa tenang dan kita juga akan dikurniakan cinta yang sejati dan abadi dunia dan akhirat."


Itu sahaja daripada saya. Segala info pengguguran adalah adaptasi daripada email yang saya terima. Terima kasih kepada pemberi maklumat.

Renung-renungkanlah.....

Thursday, September 3, 2009

Tag - Edisi Ramadhan 1430 H

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum..

YaAllah Ya Tuhan. Bulan Ramadhan ini adalah bulan keberkatan bagi aku. Tetapi dalam masa yang sama aku teramat tertekan kerana diberi tugas Assignment yang terlalu banyak.

Sedang bz buat kerja. Lepas tu sempat balas tag orang

Namun begitu, sedikit ceria tercuit di hati apabila ditagged orang. Faten sekali lagi menghantar tag kepada saya. Itu tandanya Faten tak lupa saya. Hehehe.. Tak kisah pun even kena jawab banyak soalan. Yang penting nama saya terpapar kat blog dia. Thanks Faten..

Soalan-soalan yang diberi ialah :-

Nama Timangan Anda?
Banyak nama timangan saya ni. Selalunya orang panggil Yana. Tapi mase kat sekolah SMKAP dulu kawan-kawan panggil Masza singkatan dari Mastura Zainal Abidin. Hehehe.. sebabnya ada dua orang Liyana masa tu. Family panggil Mastura. Saya tak pernah dengar family saya panggil saya Yana. Maybe lembut sangat kot nama Yana tu. Hihihihi..

Anda Seorang Yang ?
Saya seorang yang suka berahsia. Siapa nak kongsi cerita secara peribadi bolehlar cerita kat saya. InsyaAllah, tidak bocor rahsia anda tu.

Insan Yang Teristimewa ?
Mesti lar mak saya. Orang yang telah melahirkan saya.

Lagu Kessukaan Anda ?
Lagu yang saya suka ialah lagu yang saya pasang kat blog saya ini.

Makanan Kesukaan Anda ?
Tom Yam + Nasi Putih + Telur Goreng + Belacan

Sikap yang Membuatkan Anda Stress
?
Saya betul-betul stress bila ada orang ckp secara melenting dan marah-marah pada saya. Cakap elok-elok lar. Kalau nasihat pun, elok-elokk lar kan. Then, saya juga akan stress bila saya bercakap, orang buat tak tahu jer.

Warna Kegemaran Anda ?
Saya suka Purple dan warna yang nak ke arah purlple.

Benda Yang Mesti Ada Dalam Beg ?
Handphone dan Purse. Perkara wajib yang teramat sangat.

Kali Terakhir Anda Menangis ?
Saya tak ingat lar. Lama dah saya tak nangis. Seingat saya, saya menangis masa dapat result untuk midsem sem ni.

Tag untuk 5 Orang Rakan Anda ?
Hasdhatul Faezah
Siska
Amira Syafinas
Syafinaz Razak
Adibah Yunus